Inspirasi Imunisasi

Inspirasi Imunisasi
Perlindungan Sistem Imun Kanak-Kanak SETIAP HARI!

Monday, October 30, 2017

Khasiat kismis dalam diet anak-anak

Jom kita tengok khasiat kismis dalam diet anak-anak.


Walaupun anak-anak akan berganti gigi susu, kita tetap perlu memastikan gigi susu mereka sihat. 

Oleanoc acid dalam kismis berperanan melindungi gigi dari reput dan kaviti.


Kismis mengandungi phenolic phytonutrients, yang popular dengan fungsinya sebagai antibiotik, antioksida dan pembunuh kuman. Bahan inilah yang bantu anak-anak pulih dari demam.


Zat besi dan vitamin B kompleks yang ada dalam kismis membantu menambah sel darah merah. Ini penting untuk mengelakkan anak-anak dari mendapat anemia.


Gula ringkas dalam kismis memberi anak-anak tenaga yang diperlukan untuk bergerak dan membesar dengan sihat. Berikan kebaikan Qaseh Gold Junior kepada anak-anak.


Acidosis adalah pengumpulan toksik dalam darah atau udara pada sistem pernafasan. Bila toksin terkumpul, maka anak-anak mudah terkena penyakit kulit, ada nanah, malah boleh membawa kepada arthritis dan gout! 

Kandungan kalium dan magnesium dalam kismis membantu mencegah acidosis terjadi.


Kawalan insulin amat penting bagi anak-anak yang diabetik. Kismis juga membantu mengawal rembesan hormon yang memberi rasa lapar.


Antioksidan serta vitamin A, A-Beta Carotene, dan A-Carotenoid sangat menyumbang kepada penglihatan anak-anak yang sihat. Bahan-bahan dalam kismis ni juga menghalang pembentukan katarak.


Sembelit bukan boleh dipandang remeh. Kismis yang kecil itu mengandungi serat untuk membantu anak-anak membuang dengan lancar.


QJKids' Expert Team is evolving

QJKids' Expert Team is Evolving


Bagaimana membentuk minda yang positig

Minda positif adalah minda syukur. Bersyukur adalah tanda pemiliknya positif.


Bagaimana cara mahu bersyukur?

  1. Fokus pada apa yang kita miliki.
  2. Elakkan dari membandingkan diri kita dengan orang lain. Hidup dalam lorong dan laluan masing-masing.
  3. Usah mengejar dari belakang. Bersaing dari tepi. Ikut trek sendiri.
  4. Senaraikan lima perkara baik yang kita punya. Atau lima perkara baik yang berlaku semalam atau pagi ini.
  5. Tarik nafas dalam-dalam. Ucapkan terima kasih. Ucapkan Alhamdulillah.
  6. Cipta perkara perkara baik. Beri kebaikan. Kebaikan akan kembali pada kita. 
Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Idea bijak bagi anak makan Qaseh Gold Junior

Idea bijak bagi anak makan Qaseh Gold Junior.

Haaa... Kak Ida senaraikan bagi ibu yang "pening kepala". 








Mengapa Rasulullah SAW jarang sakit

Beberapa cara hidup sihat yang beliau amalkan adalah: 

  1. Selalu bangun sebelum Subuh.
  2. Aktif menjaga kebersihan
  3. Tidak pernah makan berlebihan. Sabda Rasulullah SAW, "Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)." (Muttafaq Alaih) 
  4.  Gemar berjalan kaki. Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat 
  5. Tidak pemarah. Nasihat Rasulullah 'jangan marah' diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. 
  6. Optimis dan tidak berputus asa. Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain harus banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah 
  7. Tidak pernah iri hati. Untuk menjaga hati yang tenang dan kesihatan jiwa, kita harus menjauhi dari sifat iri hati 
  8. Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut untuk mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa 
Semoga perkongsian dari We Are The Amazing Parent ini bermanfaat.

Apa bukti Tuhan itu wujud

Gaya fikir Imam Syafie.


Imam Syafie pernah ditanya "Wahai Imam, apakah bukti Tuhan itu wujud?"

Imam Syafie menjawab, "Adakah kamu pernah melihat daun mulberi? Daun itu telah dimakan ulat sutera, maka sutera yang halus terhasil. Dimakan oleh lebah, madu terhasil, dimakan oleh kijang minyak kasturi terhasil, dimakan oleh kambing maka najis yang terhasil . Siapakah yang menentukan hasil yang berbeza ini? "

Dalam Al-Quran banyak Allah menyebut tentang keperluan kita perlu berfikir.

Keluhan golongan yang tidak berfikir, disebut dalam Al-Mulk, ayat 10.

Mereka berkata, "Jikalau (didunia dahulu) kami mahu mendengar dan BERFIKIR, pasti kami tidak akan jadi penghuni neraka (pada hari ini)".

Jom kita mula berfikir.

Sumber: We Are The Amazing Parents

Sunday, October 29, 2017

Punca anak sembelit

Kak Ida kongsikan melalui perkongsian Qaseh Gold HQ


Punca anak sembelit.


Sengaja tahan membuang air besar
Bila anak-anak terlalu teruja bermain dengan kawan atau tidak biasa dengan tempat atau persekitaran baru, mereka ada kecenderungan untuk tahan berak kerana tidak selesa.


Alahan susu
Alahan kepada susu lembu pun boleh menjadi punca sembelit. Najis menjadi keras dan paling teruk sekali jadi kembung dan boleh berdarah.


Masalah ketika anak sedang "potty train"
Mungkin anak tertekan apabila selalu dimarah ketika latihan ke tandas atau potty train, membuatkan mereka tahan berak dan akhirnya menjadi sembelit.


Pergerakan fizikal membantu perjalanan najis melalui usus, jadi biarkan anak kita bermain dan bersenam.


Ada sesetengah ubat-ubatan yang boleh membuatkan mereka jadi sembelit, pastikan anak mengambil banyakkan air kosong jika makan ubat dan ubat-ubatan yang diambil mengikut dos yang telah ditetapkan oleh doktor.


Kalau makan serat tapi tidak cukup air pun tak menjadi! Anak akan menjadi lebih sembelit. Apa kata berikan anak lapan gelas air sehari. Sebaik-baiknya air kosong, elakkan yang manis-manis ya.



Tips meransang sistem imun anak

Perkongsian dari Facebook Qaseh Junior HQ,

Tips meransang sistem imun anak.


Sebenarnya, sistem imun kanak-kanak berfungsi sama dengan orang dewasa. Bezanya, sistem imun kanak-kanak mengambil masa untuk mengenal pasti virus atau bakteria apa yang menyerang tubuh badan kanak-kanak.

Selain mengambil makanan berkhasiat, sistem imun kanak-kanak boleh dibangunkan secara semulajadi. PERCUMA!

Percuma? Bagaimana caranya?

Jom kita lihat bagaimana untuk tingkatkan sistem imunisasi anak-anak. Anak Sihat Anak Hebat!

KEBERSIHAN TANGAN


Mencuci tangan dengan kerap membantu untuk mengurangkan jumlah pepijat, kotoran dan bakteria selepas bermain atau bilik darjah di sekolah.

Anak mudah terdedah kepada kuman dan bakteria kerana mereka masih belum faham dengan konsep kebersihan. Jadi peranan kita sebagai ibu bapa untuk memastikan anak pandai dan belajar ambil berat tentang kebersihan

UDARA SEGAR


Alam semulajadi adalah ubat yang terbaik malah PERCUMA.

Aktiviti di luar rumah sangat baik dan terbaik untuk merangsang sistem imun.

Biasakanlah membawa anak-anak beriadah dan bermesra dengan alam.

KURANGKAN GULA


Kajian menunjukkan gula menyekat fungsi imun. Tiada nutrisi dalam gula!

Apabila gula berada dalam badan, ia memerlukan nutrisi untuk metabolismekannya yang memerlukan mineral-mineral dalam badan anak-anak.

Anak-anak sedang membesar adalah waktu terbaik membiasakan mereka dengan makanan dan minuman kurang gula.

Pilihlah pemakanan yang sesuai untuk anak, elakkan makanan yang kaya gula terproses , lebihkan pemakanan dari gula semulajadi.

Makanan kaya gula terproses seperti segala jenis kek, segala jenis roti dengan krim, gula-gula , air dalam kotak, air tin, air bergas dan yang seumpamanya.

MESRA ALAM


Persekitaran yang sihat di rumah sangat penting bagi anak-anak.

Merokok bukan sahaja berbahaya kepada perokok, ia juga menyebabkan kerosakan kepada orang-orang tersayang disekeliling.

Asap rokok membunuh dan mengganggu sel-sel penting anak-anak dan menyebabkan sistem imun semulajadi mereka tidak maju.

Ahli keluarga yang merokok sebaiknya perlu lah lebih prihatin. Elakkan merokok dalam kawasan rumah. Jika mahu anak sihat, ayah lah yang harus tunjukkan dulu teladannya.

Semoga bermanafaat.

Saturday, October 28, 2017

Bayam dan kulit

Apa hubungan bayam dengan kulit.


Anak-anak pantang ada peluang atau ruang untuk bermain pasti akan meminta izin untuk keluar tidak mengira masa dan waktu.

Ibu-ibu pula sungguh risau anak-anak terdedah dengan sinaran UV dari pancaran matahari yang boleh menyebabkan penyakit seperti kanser kulit.

Bayam memberikan solusi terbaik dengan kelebihan Vitamin C dan A. Pengambilan bayam dengan kerap membantu pertumbuhan sel kulit baru dan menyokong pengeluaran kolagen.

Ha, anak-anak yang aktif bersukan tidak perlu risau kulit kelihatan tua dari umur sebenar dengan kelebihan anti-oksidan dalam bayam!

Kismis

Kismis mengandungi Polyphenolic phytonutrients iaitu elemen anti radang dan anti bakteria.


Kedua-dua elemen ini penting mengurangkan demam dengan memusnahkan bakteria tertentu yang menyebabkan jangkitan.

Kismis adalah snek yang mudah serta cepat dan kismis teman baik harian anak-anak yang sedap dan sihat serta jauh lebih baik daripada gula-gula!

Anak yang demam - tidak bertenaga dan tiada lalu dan tidak ada selera makan. Kismis adalah pilihan terbaik. Bukan sahaja ia mudah dicerna oleh usus anak, bahkan membekalkan tenaga untuk anak.

Penghasilan Kismis

Kebanyakan kismis dihasilkan dari buah anggur tanpa biji jenis Thompson.

Ini caranya untuk menghasilkan kismis. Buah-buah anggur diletakkan di atas tikar anyaman yang dibentang di antara dua barisan pokok anggur kemudian dibiarkan kering di bawah cahaya terik matahari setelah dipetik.

Tahukah anda, kismis yang terdapat dalam pasaran ada tiga jenis iaitu:

1. Sun-dried
Buah anggur yang dikeringkan secara tradisional iaitu di bawah cahaya matahari .

2. Artificially dried
Buah anggur dikeringkan yang tidak menggunakan cahaya matahari.

3. Sulfur dioxide-treated raisins
Buah anggur yang melalui proses rawatan sulfur-dioxide untuk menghasilkan kismis.

Friday, October 27, 2017

Tips urus anak kerap sakit untuk ibu berkerjaya

Di bawah ini adalah tips yang dikongsikan untuk kita amalkan bagi mengurus anak kerap sakit untuk ibu berkerjaya

  1. Kenali tahap kesihatan anak-anak, naluri ibu lumrahnya pasti sangat-sangat faham apa yang anak-anak tidak boleh makan, mudah sensitif dengan cuaca atau mungkin juga alahan. Cuba fahami dan senaraikan perkara yang perlu dielakkan. Ibu bekerja perlu lebih peka kerana masa yang ada lebih terhad berbanding ibu surirumah sepenuh masa. Jika mahu lebih cepat bawa anak ke pakar kanak-kanak untuk dapatkan nasihat dari doktor dan pemeriksaan yang menyeluruh. Cegah lebih baik.
  2. Jaga persekitaran dan kebersihan, terutama sekali ruang yang anak kerap habiskan masa lapang, bilik tidur sebagai contohnya, bilik mainan, ruang makan dan sebagainya.
  3. Minta bantuan orang yang dipercayai dan mengenali anak anda untuk membantu mengawasi kesihatan anak ketika kita terpaksa bekerja. Ceritakan pada anak, tanggungjawab anda bekerja dan dalam masa yang sama mereka tetap penting melebihi kerjaya. Latih anak menjaga kesihatan bermula ketika mereka sihat.
  4. Memberikan perhatian berkualiti. Walaupun ibu bekerjaya mempunyai purata masa yang tinggal hanya lima jam sehari, tidak termasuk waktu tidur, pastikan anda berikan bekalan air kosong dan ubat-ubatan yang lengkap pada pengasuh atau guru. Latih anak makan ubat dengan betul dan kerap minum air kosong.
  5. Sediakan menu sihat untuk anak, jika mampu masak dan berikan bekalan. Jika tidak ambil tahu menu makanan yang anak anda ambil di sekolah atau dengan pengasuh sepanjang minggu. Bekalkan Qaseh Gold Junior untuk mereka ambil selang 4 jam semasa mereka tidak sihat. 
  6. Beri anak minum air masak dengan kerap, bancuh SOLE 5ml dengan 1.5 liter air kosong atau jus mampu memberi garam mineral dan kawalan suhu badan anak yang tidak sihat. Ia juga mengelak anak dari dehidrasi. Insya-Allah, sangat berkesan.
  7. Semak suhu badan anak dan sentiasa kawal. Latih anak periksa suhu dan ceritakan kaitan minum air, ubatan dan supplemen untuk bantu mendapatkan suhu normal.
  8. Gembirakan anak-anak dengan perkara yang mereka sukai kerana semasa sakit minda dan hati yang ceria dapat membantu meningkatkan imunisasi anak secara semulajadi. 
Insya-Allah, ibu akan kurang rasa stress di pejabat.

Tips latih anak pilih makanan sihat

Tips latih anak pilih makanan sihat.











Thursday, October 26, 2017

Petua Redakan Anak Demam

Petua Redakan Anak Demam

Demam adalah penyakit biasa yang akan menyerang semua orang termasuk bayi dan kanak-kanak. Biasanya serangan demam akan menyebabkan suhu badan si kecil meningkat dan panas, tidak bermaya dan tidak aktif seperti biasa. Ia amat merisaukan ibu bapa terutama yang perlu meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh.

Bahkan bayi dan anak-anak kecil yang demam akan kerap merengek kerana tidak selesa dengan keadaan suhu badan yang panas.


Berikut adalah petua tradisional menurunkan suhu badan yang panas.
  1. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas sehingga hancur. Kemudian sapukan di kepala dan ubun-ubun bayi atau anak kecil. Ulang beberapa kali sehingga demam anak berkurangan.
  2. Beri anak kecil minum air kelapa muda dua kali sehari. Insya-Allah, panas badannya akan turun.
  3. Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam.
  4. Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepal. Biarkan air asam jawa itu kering dengan sendir. Lakukan berulang kali sehingga suhu panas berkurangan.
  5. Ambil beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbuk kesemua bahan sehingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Sapukan pada kepala anak. Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.
  6. Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut dan parutan itu ditempekkan ke dahi bayi atau anak kecil yang demam. Bila parut sudah kering, gantikan dengan yang baharu sehingga suhu turun ke paras biasa.
Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Wednesday, October 25, 2017

Pemakanan untuk otak cergas bagi kanak-kanak

Rahsia pemakanan genius menurut Islam untuk kanak-kanak

Formula pemakanan yang menjadi amalan para genius Islam silam menunjukkan amalan pemakanan mampu melahirkan insan yang cemerlang. Kajian saintifik yang dilakukan turut membuktikan kebenarannya khususnya terhadap susu, madu, dan telur.


Berikut adalah antara formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan untuk kanak-kanak.


MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai 'shifa', iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasulullah s.a.w bersabda, 'Siapa yang ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu'.




KISMIS & KURMA

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen yang menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab, dan mengalami kelemahan dalam berfikir.





SUSU SEGAR

Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.

TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat kerana mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Telur terutama kuning telur berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus.



DAGING BURUNG MERPATI

Ia banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpatu didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasannya.

KEKACANG

Antara jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w, 'Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal'.


===
Saya adalah pengedar QASEH GOLD yang sah di Johor Bahru, Skudai dan Larkin (U23/0225-144). Melakukan penghantaran ke seluruh negara melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0196558504 atau email di kamilia_811@yahoo.com. Konsultasi percuma sepanjang bergelar pelanggan Qaseh Insyirahku Shop.

Mahu jadi ahli QASEH GOLD? Jangan tunggu lagi. Jadi AHLI, JAGA KESIHATAN, TAMBAH PENDAPATAN.

Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Doa elakkan anak cacat

Doa elakkan anak cacat.

Salam ibu-ibu semua,

Seorang ibu boleh mengamalkan surah An-Nahlu Ayat 78 bagi ibu mengandung dan baca surah tersebut sambil tangan diletakkan ke perut.

Bagi anak yang demam ibu atau bapa juga boleh membacakan ayat ini sambil tangan diletakkkan didahi anak.

Sumber dari Tanyalah Ustaz di TV9.

Anda turut meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...