Inspirasi Imunisasi

Inspirasi Imunisasi
Perlindungan Sistem Imun Kanak-Kanak SETIAP HARI!

Sunday, November 5, 2017

Sebuku Roti

Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi seperti sedikit terganggu kerana setiap hari dia asyik berfikir dan risau tentang rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja.

Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua itu pun berfikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur dan beri salam kepada Nabi Musa AS dan dengan teragak-agak orang tua itu bertanya.

"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya hanya dapat sebuku roti sahaja setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepadaNya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"

Nabi Musa AS pun bersetuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa AS pun sampaikan kepada orang tua itu apa yang telah dia diberitahu.


Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Nabi Musa AS bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!". Dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah SWT yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.

Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.

Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan.

Orang tua itu berkata kepadanya, "Apa kata kalau kamu bawa roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!". Penggembala itu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua itu dan haiwan ternakan pengembala memakan semua roti itu sehingga habis.

Untuk tanda berterima kasih kepada orang tua itu, pengembala itu telah memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.

Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun dan Nabi Musa AS melalui lagi kawasan orang tua tu. Dengan kagum baginda Nabi Musa AS mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.

Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ.

Terdapat sebuah ladang gandum dan suasana kesejahteraan. Nabi Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa AS pun menjadi hairan kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Nabi Musa AS pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.
"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis.. namun apa yang orang tua itu miliki begitu banyak lagi sekali"

Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:

Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.

Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.

Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.
Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.

Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.

Jadi Rezeki memang ditakdirkan.

Tetapi...



Barakah datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah dan zikir Allah SWT di atas segala-galanya.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang bersyukur, taat dan murah dan besar hati. Amin.

Moral dari kisah ini
  • Janganklah kita risau dengan rezeki kita dapat sekarang. 
  • Bersyukur walaupun sedikit. 
  • Walaupun sedikit murahkan hati berkongsi dengan orang yang benar-benar memerlukan. 
  • Jangan mudah mengeluh bila kita dtimpa kesusahan. 
  • Jangan mudah rasa tidak puas hati dengan apa yg kita dapat sekarang. 
  • Jangan riak atau menunjuk dengan apa yang kita 'hulur' kan semata-mata untuk diketahui umum.
  • Duit jangan dikejar, kelak kita jadi hamba duit.
#ByKamilia

No comments:

Post a Comment

Anda turut meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...