Inspirasi Imunisasi

Inspirasi Imunisasi
Perlindungan Sistem Imun Kanak-Kanak SETIAP HARI!

Tuesday, November 28, 2017

Aspirasi Qaseh Gold Junior

Aspirasi Qaseh Gold Junior.


7 Cara Mengawal Anak Tantrum

Cara Mengawal Anak Tantrum

1. BERTENANG

Jika anak mula mengamuk, ibu bapa atau orang yang berada berdekatan dengannya perlu menunjukkan sikap bertenang. Jangan mudah melenting dan marah. Kalau kita marah, lagi kuat dia menangis. Lagi teruk mengamuk dia.

Cuba buat muka relax sahaja. Tentu anak yang mengamuk akan kata dalam hati, “Eh, takkan mak aku tak marah pulak ni”. Ini namanya reverse psychology.

2. CUBA PUJUK

Usaha dahulu memujuk dengan cara yang baik. Pegang atau dukung dengan lembut dan mesra. Itu petanda anda sedia untuk bekerjasama dan mendengar segala masalah yang sedang anak hadapi.

Korek rahsia, kenapa dia marah. Anak suka bila ada orang beri perhatian. Jika dia mengamuk, itu tandanya mahukan perhatian!

3. ALIHKAN FOKUS ANAK

Andaikan kita pergi ke hypermarket untuk berbelanja, contohnya Giant atau Tesco. Anak pula sudah tunjuk tanda-tanda yang dia mahukan sesuatu. Kadang-kadang, benda yang dia minta itu mengarut.

Dan lagi, jika kita tidak dapat memenuhi hajatnya itu dan akan mencetuskan kemarahannya.

Apa perlu buat?
Cepat-cepat alihkan perhatiannya. Fokuskan pada perkara yang lain. Pujuk akan ambil masa. Bawa dia ke bahagian yang lain. Jangan pula alihkan fokus dengan berikan telefon pintar kita.

4. SISTEM GANJARAN (REWARD SYSTEM)

Jika anak mula mengamuk, berikan dia pilihan, samada dia mahu bersikap baik dan tidak dimarahi anda. Katakan kepadanya jika dia bersikap baik, anda akan menjanjikan sesuatu seperti menonton televisyen atau membaca bersama.

Kalau dia betul-betul inginkan benda yang sudah lama diidamkan, tentu sekali dia akan ikut kata kita.

5. BIARKAN SAHAJA!

Kes ini selalu terjadi bila anak nampak lollipop. Dia berkeras mahukan gula-gula. Jika pujukan tidak menjadi dan anak kita terus menghentakkan kaki atau berguling di atas lantai, biarkan dia.

Namun pastikan keadaan sekelilingnya selamat dari barang-barang yang membahayakan. Bila anak penat, dia akan berhenti. Ibu-bapa perlu pantau juga semasa anak berguling!

6. NASIHAT

Anak yang mengamuk tidak akan mengamuk sepanjang hari. Dia pasti penat juga akhirnya. Pada waktu begini, kita belailah dia dan katakan kepadanya bahawa apa yang dia lakukan sebentar tadi adalah salah dan dia akan lebih disayangi jika dia bersikap baik dan mendengar kata.

7. BERSIFAT TEGAS

Sesekali kita kena bertegas dengan anak. Jika dia mengamuk, katakan bahawa kita akan potong waktu bermainnya. Biar dia belajar bagaimana perasaan marah dan kecewa. Terangkan dengan jelas mengapa tindakan itu anda ambil.

Semoga bermanfaat.

#CaraMengatasiAnakTantrum

Bagaimana nak kuatkan tulang dan gigi anak

Bagaimana nak kuatkan tulang dan gigi anak?
  1. Berikan makanan berkalsium tinggi seperti susu, bayam, bawang putih dan kekacang.
  2.  Berikan vitamin D yang akan membantu penyerapan kalsium. Sumber vitamin D adalah cahaya matahari (jam 11-1 petang), suplemen dan ikan salmon.
  3. Galakkan anak melakukan aktiviti fizikal. Tekanan yang berlaku pada tulang akan membuatkan tulang anak-anak menjadi lebih kuat dan mampat.

Omar dan Hana

Video Kapten Junior bersama Omar dan Hana.


Monday, November 27, 2017

Herba termahal, kaya antioksidan

Safron adalah herba termahal di dunia. Safron yang berkualiti agak susah didapati di pasaran, tetapi kami membawakan kebaikan safron kepada anak-anak anda dengan Qaseh Gold Junior.









Beri anak makan delima setiap hari

Beri anak makan delima setiap hari

Delima adalah buah yang berasal dari kawasan sekitar Iran ke India Utara. Isi buahnya berbiji-biji. Sedap dan berkhasiat tapi buah delima memang mahal harganya.

Sekarang sudah ada cara LEBIH MUDAH dan EKONOMI untuk bagi anak makan delima setiap hari. Hanya dengan Qaseh Gold Junior, anak-anak kita boleh mendapat MANFAAT dari buah yang mewah ni.

Antara khasiat yang tinggi dalam buah delima ialah:
  • Antioksidan
  • Vitamin C
  • Vitamin K
  • Folate










Saturday, November 25, 2017

Perut yang sihat

Anak sihat bermula dari perut yang sihat.



Kiwi
Masalah pencernaan
Dengan kandungan serat yang tinggi, Selain membantu bagi anda yang memiliki masalah pencernaan.

Avokado
Potasium Tinggi
Ianya tinggi kadar potasium. Setiap sajian 100g, mengandungi 4% lebih banyak daripada pisang, yang mana sudah dikira buah yang tinggi kadar potasiumnya.

Lobak Merah
Mencegah penyakit jantung
Mengurangkan tahap kolesterol dalam jantung. Serat larut dalam lobak merah boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.

Brokoli
Membantu Sistem Pencernaan
Brokoli mengandungi serat yang dapat membantu sistem pencernaan dan juga membantu mencegah sembelit.

Ceri
Merawat Kulit
Kandungan antioksidan pada buah inI adalah dalam kelompok yang tertinggi. Jus ceri sangat berkhasiat untuk mengurangi terjadinya masalah pada kulit jika diambil setiap pagi.

Tembikai
Membantu Penghadaman
Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat membantu mencegah sembelit dan menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang sihat.

Pisang
Sumber Tenaga
Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang dapat menjadi sumber tenaga untuk tubuh. Memakan 2 pisang sehari dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan menambah tenaga untuk melakukan aktiviti seharian

Friday, November 24, 2017

Gula tersembunyi dalam makanan anak-anak

Ibu dan ayah dah semakin sedar tentang bahaya gula dalam makanan anak-anak. Namun ada beberapa perkara yang masih kita ambil ringan iaitu GULA TERSEMBUNYI dalam beberapa makanan yang biasanya kita beri kepada mereka.






Tips anak jadi pintar dan cergas

Kak Ida melalui perkongsian Qaseh 2u, berkongsi berkaitan tips anak jadi pintar dan cergas.


Biarkan anak berdikari
Sebagai contoh biarkan anak membeli makanan nya sendiri dan perhatikan dari jauh. Atau ajar mereka lipat baju sendiri.

Elakkan bergaduh di hadapan anak
Ini penting. Jangan bergaduh, memaki-hamun dan mencaci pasangan di hadapan anak. Ia akan memberikan kesan psikologi yang cukup hebat.

Fahami kehendak anak
Jangan guna kaedah yang sama untuk semua anak. Perlu faham bahawa setiap dari mereka adalah berbeza.

Amalan membaca
Setiap kali mempunyai masa terluang, beri anak-anak buku untuk mereka baca atau kongsi info terkini dengan mereka.

Mengenal alam
Menghabiskan waktu terluang dirumah juga mampu meningkatkan fungsi otak anak. Disekitar rumah kenalkan anak dengan tumbuh-tumbuhan atau bermain bola dengan ahli keluarga lain

Mengawal tv dan gadget
Bukan mudah untuk berhadapan situasi ini. Hakikatnya dalam era kini, wajar untuk kita pantau penggunaannya bagi anak-anak.

Pemakanan
Sajikan mereka dengan menu yang sihat. Kawal "junk food" anak dan beri hanya sesekali.

Tunjuk kasih sayang
Percayalah ini adalah yang anak-anak mahu. Selain perhatian, menzahirkan rasa sayang pada mereka juga memberi kesan positif. Peluk dan ucap kata sayang setiap hari

Thursday, November 23, 2017

Ambil tahu senarai ramuan

Pada dasarnya, makanan alergenik ialah makanan yang diketahui menjadi punca alergi atau alahan dalam kalangan sesetengah individu. Alergi makanan adalah tindak balas sistem imun terhadap kehadiran jenis makanan yang khusus.


Ia berbeza daripada intolerans makanan, iaitu satu tindak balas sistem penghadaman (contohnya apa yang terjadi apabila tubuh anak anda menghadapi kesukaran menghadam makanan).

Ada lapan jenis makanan alergenik yang utama iaitu:

  • Telur
  • Susu
  • Ikan
  • Makanan bercangkerang
  • Kacang pokok
  • Kacang tanah
  • Gandum
  • Kacang soya

Mengenali alahan makanan.

Amnya, gejala yang berkaitan soal alergi makanan sukar untuk dikaitkan dengan sesuatu makanan. Antara gejala alergi makanan yang lazim termasuk:

  • Geligata
  • Kulit merah atau ruam
  • Mulut terasa berdenyut-denyut atau gatal
  • Bengkak muka, lidah atau bibir
  • Muntah-muntah dan/atau cirit-birit
  • Kejang abdomen
  • Batuk atau nafas berdehit
  • Pening atau pening lalat
  • Bengkak kerongkong dan pita suara
  • Sukar bernafas
  • Pitam

Oleh kerana anak kecil mungkin tidak tahu cara meluahkan jenis simptom yang mereka alami dengan terperinci, anak anda mungkin menggunakan perkataan seperti ‘Mulut saya rasa sakit/berdenyut-denyut/kebas’. Apa yang penting adalah untuk sentiasa berwaspada dengan sebarang tanda cemas yang mungkin menjadi indikasi atau petunjuk kepada tindak balas alergi.

Walaupun alergi makanan boleh menjadi serius, ada langkah yang anda boleh ambil untuk mengatasi keadaan ini. Sebaik saja anda mengesyaki anak mengalami alergi makanan, segera bawa si kecil berjumpa doktor untuk menjalani ujian diagnostik melalui ujian cucuk kulit atau ujian darah.

Ambil perhatian

Sebagai ibu bapa, antara perkara pertama yang perlu anda beri perhatian ialah ketika membeli barang makanan. Jika anak anda alah pada satu-satu jenis makanan, lebih baik cuba mengelakkan si kecil daripada terdedah kepada makanan berkenaan, terutama jika dia mengalami tindak balas teruk.

Beri lebih perhatian kepada senarai ramuan apabila pergi membeli barang runcit. Makanan alergenik utama mungkin tersenarai dengan jelas contohnya lesitin (soya), tepung (gandum) dan whey (susu). Sesetengah pengilang mungkin meletakkan kenyataan pada bungkusan untuk memberitahu bahawa produk mereka mengandungi ramuan tertentu, contohnya menyenaraikan makanan alergenik sebagai ‘perekat’ atau ‘pengemulsi’, yang bermaksud produk berkenaan mungkin dihasilkan menggunakan telur atau soya.

Tahukah kita?

Alergi makanan sering menyebabkan simptom dalam tempoh dua jam selepas dimakan, dengan sesetengah tindak balas berlaku dalam masa beberapa minit. Namun begitu, ada juga kes di mana tindak balas tertanggung sehingga enam jam atau lebih.

Ada satu lagi jenis alergi makanan yang mempunyai tindak balas lambat dikenali sebagai Sindrom Enterokolitis Cetusan Protein Makanan atau Food Protein-Induced Enterocolitis Syndrome (FPIES).

Ia adalah tindak balas gastrousus yang teruk dan lazimnya berlaku di antara dua hingga enam jam selepas mengambil susu, soya, sesetengah bijiran atau makanan pepejal tertentu. Ia biasanya terjadi dalam kalangan bayi kecil yang terdedah kepada makanan berkenaan buat pertama kalinya. FPIES boleh menyebabkan episod muntah-muntah yang berulang dan seterusnya menyebabkan dehidrasi. Sesetengah bayi juga mendapat cirit-birit berdarah.

Mengendalikan alahan makanan

Apabila anda sudah memastikan bahawa anak anda mengalami alergi makanan, perkara seterusnya yang harus dilakukan ialah mengelakkan makanan terbabit, terutamanya jika anak anda menunjukkan tindak balas yang teruk. Ambil perhatian sekiranya dia alah kepada makanan tertentu, kemungkinan dia juga alah kepada makanan lain yang berkaitan contohnya, seseorang yang alah kepada udang juga alah kepada ketam.

Jika anda hanya mengesyaki anak anda mempunyai alergi makanan, anda perlu mula membuat diari makanan. Pastikan anda menyenaraikan semua makanan yang anda beri kepada anak dan simpan juga label mana-mana produk komersial. Ini dapat membantu pakar kanak-kanak atau pakar alergi untuk memastikan sama ada anak anda betul-betul alah kepada makanan berkenaan.

Pakar kanak-kanak atau alergi akan mengambil sejarah keluarga dan sejarah perubatan yang diperlukan. Dia akan menjalankan ujian berkaitan untuk menentukan sama ada anak anda mengalami masalah alergi makanan.

Berjauhan dari rumah.

Sekiranya anda mendapati si kecil mengalami tindak balas teruk terhadap makanan tertentu, pastikan anda memberitahu sekolah dan pengasuh mengenai masalahnya. Untuk membantu, beri mereka kad kecemasan yang menerangkan cara mencegah, mengenalpasti dan mengendalikan alergi makanan yang dihidapi anak anda. - Dr Amir Hamzah Abdul Latiff (Pakar Perunding Kanak-kanak dan Pakar Perunding Imunologi Klinikal/Alergi)

Sumber: https://mypositiveparenting.org/

Wednesday, November 22, 2017

Rawatan bayi kembung perut

Tangisan bayi yang berpanjangan pasti meresahkan ibu bapa. Ada pelbagai sebab bayi menangis antaranya lapar, letih, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan keadaan persekitaran yang sejuk serta panas. Selain itu, punca lain mungkin kembung perut.

Masalah kembung perut adalah normal dan kerap berlaku pada bayi terutama berumur kurang dari enam bulan. Abdomen bayi kelihatan kembung walaupun sebenarnya normal kerana ruang dalam abdomen masih kecil berbanding saiz organ lain dalam abdomen.


Masyarakat sering mengaitkan kembung perut dengan masalah ‘colic’ kerana bayi akan menangis untuk beberapa jam tanpa henti, kelihatan tidak selesa tanpa sebab yang jelas dan akan kembali normal selepas beberapa ketika.

Selalunya keadaan seperti ini berlaku beberapa kali dalam seminggu. Bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu risau kerana masalah kembung ini akan berkurangan apabila bayi makin membesar kerana penyusuan yang semakin baik.

Antara sebab bayi kembung perut adalah cara penyusuan yang tidak betul. Posisi menyusu condong dan saiz puting botol yang tidak sesuai (bagi bayi yang menggunakan botol untuk menyusu) menyebabkan banyak udara ditelan serta masalah kembung perut pada bayi.

Selain itu, masalah ketidakhadaman, usus yang sensitif kepada protein tertentu yang terdapat dalam susu dan bayi yang menangis terlalu lama turut menjadi punca kepada masalah kembung perut. Pelbagai cara digunakan bagi mengatasi masalah ini termasuklah menggunakan ubat atau tanpa menggunakan ubat.

Simethicone dan cairan ‘gripe water’ antara ubat yang kerap digunakan sebagai penawar. Simethicone membantu membebaskan gas yang terdapat dalam perut. Dos bagi simethicone bergantung kepada formulasi disediakan oleh syarikat pengilang. Kebiasaan, simethicone dicampur ke dalam susu dan diberikan kepada bayi.

Cara lain membantu bayi kembung atau angin adalah memberikan gripe water. Ia mengandungi Dill Seed Oil yang dipercayai boleh melegakan simptom angin dan boleh digunakan pada bayi berumur satu bulan ke atas. Selain itu, sapuan minyak yang sesuai dengan urutan lembut juga boleh membantu mengatasi masalah ini.

Pendekatan lain selain ubat adalah mengamalkan teknik penyusuan yang betul. Posisi penyusuan yang betul dan selesa membantu bayi menyusu tanpa menelan angin. Sekiranya bayi diberi susu formula, pastikan ibu bapa menggunakan saiz puting yang bersesuaian.

Saiz puting sesuai memberikan aliran susu yang baik dan keselesaan pada perut bayi. Alahan terhadap susu formula tertentu menyebabkan masalah kembung. Sesetengah bayi mempunyai alahan terhadap protein susu lembu atau laktosa.

Pencernaan tidak sempurna mengganggu keselesaan perut. Oleh itu ibu bapa boleh cuba menukar jenama susu formula. Amalkan mengurut bayi untuk sendawa setiap kali selesai penyusuan.

Bayi yang kurang disendawakan berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai angin yang terperangkap. Gunakan terknik yang betul untuk sendawakan bayi dan ibu bapa tidak perlu risau apabila bayi muntah sedikit selepas menyusu kerana tidak berbahaya kepada bayi.

Umumnya, masalah ini tidak berbahaya melainkan terdapat tanda penyakit lain. Walaupun perut bayi kelihatan kembung, ia sepatutnya lembut apabila disentuh. Jika ibu bapa berasa perut bayi sangat keras apabila disentuh, kemungkinan besar disebabkan masalah usus lain dan perlulah dirujuk kepada doktor untuk rawatan lanjut.

Sumber: https://goo.gl/RP2ksx

Tuesday, November 21, 2017

Menangani cirit-birit dikalangan anak-anak

Ia mungkin dianggap biasa bagi sesetengah ibu bapa. Namun, tahukah anda cirit-birit penyakit yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak selain demam dan selesema?


Pakar Runding Pediatrik Pusat Perubatan Tropicana, Dr Ling Shih Gang berkata, 99 peratus cirit-birit berlaku disebabkan jangkitan kuman atau virus.

Virus pembawa jangkitan yang biasa dalam kalangan kanak-kanak ialah rotavirus. Makanan atau air yang tercemar boleh menyebarkan jangkitan pada usus dan akhirnya menyebabkan cirit-birit.

Penyebaran jangkitan biasanya berlaku daripada makanan, air atau benda tercemar kepada individu. Bukan itu saja, jangkitan juga boleh disebarkan melalui seorang individu kepada individu lain.

Selain disebabkan jangkitan virus, bakteria ataupun parasit, terdapat beberapa sebab lain yang menyebabkan ciri-birit, namun ia jarang berlaku dan hanya satu peratus daripada jumlah pesakit.

Cirit-birit juga boleh berlaku disebabkan alahan kepada ubatan atau antibiotik dan juga susu formula yang mengandungi laktosa.

Masalah itu juga boleh berlaku disebabkan penyakit berkaitan usus seperti radang, ‘coeliac’ iaitu apabila badan kurang toleransi terhadap gluten atau sindrom iritasi usus.

Ibu bapa boleh mengesan si kecil mendapat cirit-birit jika kekerapan membuang air besar lebih daripada biasa (lebih daripada empat hingga lima kali sehari) dan tekstur najis yang cair.

Pada masa sama, si kecil juga mengalami demam, muntah, sakit atau kejang perut, kembung perut dan hilang selera makan. Ketika cirit-birit berlaku, kanak-kanak mungkin kelihatan normal atau ada tanda dehidrasi.

Bahaya cirit-birit

Jika cirit-birit berlaku lebih daripada dua minggu, ia mungkin petanda kepada penyakit lain yang menyerang si kecil. Kebiasaannya, cirit-birit yang dirawat hanya berlangsung selama dua hingga lima hari jika ia disebabkan jangkitan kuman.

Cirit-birit yang berlaku kepada kanak-kanak perlu dirawat dengan segera jika terdapat jangkitan kuman kerana ia boleh merebak ke bahagian badan yang lain.

Ini kerana jika mendapat jangkitan kuman yang kuat dan tidak mudah diubati ia boleh menyebabkan jangkitan pada darah, namun ia jarang berlaku.

Cirit-birit boleh bertukar kepada bahaya apabila kanak-kanak mengalami dehidrasi. Risiko kanak-kanak mengalami dehidrasi lebih tinggi jika cirit-birit yang dihadapi bergabung bersama demam dan muntah.

Kekurangan air dalam badan boleh mengganggu sistem peredaran darah. Dapatkan rawatan segera sekiranya anak menunjukkan tanda dehidrasi, darah pada najis atau najis berwarna kehitaman dan cirit-birit yang berterusan hingga melebihi 48 jam.

Selain itu, susut berat badan, keadaan mengantuk atau kelalian, demam melebihi 38 darjah Celsius dan enggan makan juga petanda si kecil perlu dibawa berjumpa doktor.

Terdapat kesan komplikasi yang teruk boleh berlaku kepada kanak-kanak jika ia dibiarkan tanpa sebarang rawatan. Antaranya, organ badan tidak berfungsi termasuk kegagalan ginjal, jangkitan sistemik yang membabitkan keseluruhan badan, kurang toleransi terhadap laktosa peringkat sekunder, rasa sakit di sekeliling kawasan dubur dan kematian.

1. Antara tanda dehidrasi ringan dan sederhana:

  • Mulut dan lidah kering.
  • Bibir merekah.
  • Tiada atau hanya sedikit saja air mata jika menangis.
  • Tidak kencing selama empat hingga enam jam (lampin tidak basah dalam tempoh berkenaan)?
  • Ubun-ubun kepala bayi tenggelam.
  • Meragam.

2. Dihidrasi teruk:
Terdapat semua tanda di atas, diikuti dengan:

  • Kulit kering dan berkedut.
  • Kanak-kanak kelihatan tidak bermaya, sangat letih dan tidak aktif.
  • Mata cengkung.
  • Sukar bernafas.
  • Nadi yang lemah dan sangat cepat.
  • Tangan dan kaki sangat sejuk.
  • Enggan makan.

Rawatan cirit-birit

Jika si kecil mengalami cirit-birit pastikan ia dibawa berjuma doktor untuk melakukan pemeriksaan. Pada masa sama, ibu bapa juga perlu memantau anak mereka setiap masa bagi memastikan si kecil minum dengan kadar mencukupi.

Sangat penting untuk menggantikan air dan mineral dalam badan yang hilang untuk mencegah dehidrasi. Teruskan penyusuan susu ibu di samping memberi minum air garam rehidrasi (oral rehydration salt - ORS).

Sekiranya bayi tidak menyusu badan, teruskan memberi bayi makanan biasa dan minum air garam rehidrasi. Gunakan sudu atau picagari kecil untuk memberi ORS sebanyak yang mungkin dan biasanya tidak melebihi jumlah yang anak anda boleh minum.

Jika si kecil menunjukkan tanda dehidrasi, gejala yang bahaya atau ibu bapa tidak pasti kaedah yang perlu dibuat, segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Cirit-birit boleh dicegah daripada kanak-kanak melalui cara berkenaan:

  1. Pastikan air minuman anak bersih dan dimasak.
  2. Pastikan anak gunakan alatan yang bersih untuk makanan dan minuman.
  3. Bagi kanak-kanak yang menggunakan botol untuk menyusu, pastikan botol bayi disterilkan.
  4. Elak makanan mentah kecuali disediakan sendiri dengan bersih.
  5. Cuci tangan dengan bersih selepas menyediakan makanan mentah seperti daging, menggunakan tandas, menukar lampin dan sebelum memegang makanan.
  6. Buang lampin pakai buang dengan betul.

Sumber: https://goo.gl/SfLxJe

Gangguan selsema

Hidung tersumbat, meragam dan tidak boleh tidur lena. Itu antara masalah utama bayi atau kanak-kanak yang menghidap selesema.


Si kecil lazimnya berasa tidak selesa, tersengguk-sengguk dan sukar menyusu. Situasi itu bukan saja memeritkan penghidapnya, malah turut memberi cabaran besar kepada ibu bapa atau penjaga dalam menjaga si kecil tersayang.

Pakar perubatan menganggarkan bayi menghidap selesema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertamanya.

Namun lebih utama, ibu bapa atau penjaga perlu tenang dalam menangani pelbagai kerenah anak-anak yang diserang selesema.

Apa punca selesema?

Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca daripada pelbagai jenis virus. Kebiasaannya, ia merebak apabila seseorang yang menghidap selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara sebelum dijangkiti individu lain.

Ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan tangan, jadi seeloknya anda perlu membasuh tangan selepas menghembus hidung.

Bayi lebih cenderung kerap dijangkiti selesema disebabkan mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus.

Bagaimana selesema menjejaskan bayi?

Bayi yang sakit mungkin akan menghidap demam (sehingga 38 darjah Celsius), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair yang membuatkan mereka meragam dan hilang selera makan.

Bayi di bawah usia enam bulan tidak boleh bernafas melalui hidung apabila sakit menyebabkan mereka bermasalah untuk bernafas dan makan.

Lebih menyukarkan apabila si kecil tidak bersedia untuk menghembus hidung mereka sehingga usia mencapai empat tahun. Justeru, ibu bapa perlu membantu mengeluarkan mukus si kecil.

Tidur malam mereka juga terganggu menyebabkan ibu bapa perlu menenangkannya, mengelap hidung dan menyapu minyak sesuai bagi mengurangkan rasa tidak selesa itu.

Berapa lama selesema berlarutan?

Simptom selalunya reda selepas tiga hingga 10 hari. Pada bayi yang terlalu muda, ia mungkin berlarutan sehingga dua minggu.

Kebanyakan bayi yang ada hubungan dengan kanak-kanak yang lebih tua akan menghidap selesema sebanyak enam hingga 10 kali dalam tahun pertama mereka.

Bolehkah mencegah bayi daripada selesema?

Menyusukan bayi satu daripada cara terbaik melindungi kesihatan bayi terutama pada bayi yang masih diberikan susu ibu.

Ibu bapa juga boleh menjauhkan bayi daripada individu yang sakit iaitu dengan meminta semua ahli keluarga yang kurang sihat membasuh tangan mereka sebelum menyentuh bayi atau barangnya.

Elakkan bayi berada di persekitaran merokok. Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan lebih kerap selesema dan ia berlarutan lebih lama berbanding si kecil yang tidak terdedah kepada asap rokok.

Bila perlu menghubungi doktor?

Lakukannya apabila tanda selesema sudah kelihatan jika bayi anda berusia kurang dari tiga bulan.

Bagi bayi berusia tiga bulan ke atas, hubungi doktor jika selesema berlarutan lebih lima hari, suhu badan melebihi 39 darjah Celsius, mengalami sakit telinga, masalah bernafas dan batuk berlarutan serta mengeluarkan mukus hijau yang pekat dan berlarutan daripada hidungnya.

Bagaimana ibu bapa boleh merawat selesema?

Tidak banyak yang boleh anda lakukan kecuali menunggu dan memberikan anak anda banyak rehat dan cecair (tingkatkan jumlah jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C). Jika badannya panas, berikan cecair paracetamol di bawah pengawasan doktor dan jangan sesekali berikan sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik atau doktor.

Jika usia kanak-kanak itu kurang dari setahun, ubat selesema yang dibeli di kedai selalunya lebih berbahaya. Namun ada beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaannya:

- Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung.

- Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.

- Lap hidungnya supaya dia boleh bernafas dengan lebih mudah. Anda boleh menyapu jeli petroleum di luar lubang hidung bayi anda untuk mengurangkan kesukaran.

- Jika bayi sukar menyusu dengan hidung tersumbat, minta doktor larutan bergaram untuk diletakkan di setiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan.

Sesetengah ibu bapa menggunakan bebuli penyedut untuk membersihkan dan mengeluarkan air bergaram dan mukus daripada hidung bayi. Cuba gunakan pengewap untuk melembapkan udara atau bawa bayi ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap selama 15 minit.

Jika bayi menghadapi masalah hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksa lubang hidungnya kerana dikhuatiri ada sebarang objek asing kerana bayi atau kanak-kanak kadangkala memasukkan objek asing ke dalam hidung.

Selesema adalah sebahagian daripada kehidupan dan selepas anda berjaya mengharungi selesema si kecil buat kali pertama, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya ia berulang.

Sumber: https://goo.gl/aY3H4p

Monday, November 20, 2017

Penghidap asma, alahan hidung berisiko

Akhir-akhir ini perubahan cuaca berlaku sangat mendadak. Selepas berbulan-bulan dilanda panas terik hasil fenomena El Nino mengakibatkan kemarau panjang dan kebakaran hutan, kini tiba masa kita berdepan fenomena La Nina.

La Nina ialah perubahan cuaca sejuk menyebabkan hujan dan ia berlawanan dengan El Nino yang membawa perubahan cuaca panas menyebabkan kemarau. Perubahan iklim itu adalah fenomena global.


Bagaimanapun, perubahan iklim berkenaan menimbulkan impak dalam pelbagai bidang kehidupan manusia termasuk kesihatan. Walaupun penyakit yang disebabkan perubahan cuaca tidak kronik, tetapi penyakit ringan tetap mengganggu aktiviti seharian kita.

Jika musim panas membawa gelombang haba yang meningkatkan risiko kesihatan seperti dehidrasi, kelesuan haba dan strok haba, cuaca hujan pula meningkatkan risiko selesema, batuk dan demam termasuk penyakit bawaan air serta vektor.

Menurut Doktor Perubatan Keluarga Bakti Healthcare, Dr Rohaya Ramli, penghidap asma dan alahan hidung (allergic rhinitis) adalah golongan berisiko tinggi mendapat penyakit akibat perubahan cuaca disebabkan mereka mempunyai alahan.

Alahan dipercayai meningkatkan kecenderungan seseorang untuk mendapat serangan penyakit yang dihidapi dengan lebih buruk apabila terdedah kepada bahan pencetus.

“Asma adalah penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang dan penguncupan saluran pernafasan. Penyakit ini cepat berubah dan mungkin menjadi lebih buruk dengan perubahan persekitaran seperti cuaca atau musim.

“Bagi penghidap asma, ketika perubahan cuaca berlaku mereka mungkin lebih mudah diserang dan menunjukkan tanda seperti pernafasan berbunyi, batuk berpanjangan dan sesak nafas,” katanya.

Alahan hidung pula adalah keadaan membran hidung mengalami keradangan dan membengkak kerana sensitif terhadap satu atau beberapa bahan alahan termasuk keadaan sejuk, perubahan cuaca atau makanan tertentu.

Gejala alahan hidung biasanya seperti hidung tersumbat, gatal, bersin, batuk dan mata berair sehingga menimbulkan rasa kurang selesa dan sering disangka petanda hendak demam.

“Bagaimanapun, bagi orang yang tidak menghidap kedua-dua penyakit atau alahan terbabit kesihatan mereka tidak terjejas akibat perubahan cuaca.

“Seandainya mereka masih mendapat penyakit ringan seperti demam, batuk, selesema atau sakit tekak, ia disebabkan sistem imunisasi yang lemah sehingga mudah terkena jangkitan kuman.

“Selain daya ketahanan badan yang lemah, mengalami tekanan dan tidak cukup tidur juga mendorong tubuh mudah dijangkiti kuman,” katanya.

Mengenai musim panas yang turut membawa gelombang jerebu, Dr Rohaya berkata, keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan penghidap alahan dan penyakit berkaitan pernafasan seperti asma.

“Kesan yang akan dialami selepas terdedah secara berterusan kepada jerebu seperti gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, sesak nafas, mata pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin serta kulit gatal-gatal.

“Bagi penghidap asma dan alahan hidung, jerebu menyebabkan keadaan penyakit mereka bertambah teruk. Masalah kulit gatal-gatal juga lebih kerap berlaku terhadap penghidap atopik dermatitis seperti ekzema,” katanya.

Oleh itu, mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit akibat perubahan cuaca hendaklah mendapatkan pemeriksaan dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

“Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihat­kan seperti penyedut (inhaler) bagi penghidap asma, manakala bagi penghidap alahan sentiasa membawa penyembur hidung.

“Kurangkan aktiviti luar ketika cuaca semakin buruk, namun jika terpaksa hendaklah memakai penutup hidung (nasal mask) dan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak bagi mengelak dehidrasi,” katanya.

Risiko Penyakit Musim Hujan atau Sejuk:

  1. Denggi
  2. Malaria
  3. Kepialu
  4. Cirit-birit
  5. Taun
  6. Leptospirosis
  7. Jangkitan Penyakit Kulit
  8. Influenza
  9. Jangkitan Pernafasan Akut
  10. Konjunktivitis
Sumber: https://goo.gl/tzEHcy

Sunday, November 19, 2017

Jenis-jenis alahan


Jenis-jenis alahan dikalangan kanak-kanak.

  • Alahan rhinitis (alahan pernafasan)
  • Penghasilan mukus (lendir)
  • Gatal-gatal di tekak, hidung, mata dan mulut
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Hidung berair atau bersin
  • Asma atau bunyi ronkus (pernafasan berbunyi)

Alahan terhadap makanan

  • Tekak terasa gatal
  • Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian)
  • Sakit perut
  • Loya
  • Muntah
  • Kekejangan otot perut
  • Gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit
  • Gatal/urtikaria
  • Angioedema pada kelopak mata dan bibir
  • Rongga hidung tersumbat / hidung berair
  • Sesak nafas/bunyi ronkus

Alahan terhadap ubat-ubatan

  • Gatal-gatal
  • Ruam kulit
  • Gatal-gatal pada kulit atau mata
  • Bunyi ronkus
  • Bibir membengkak

Gejala anafilaksis

  • Penyumbatan rongga hidung
  • Sukar bernafas
  • Batuk
  • Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku
  • Pening
  • Keliru
  • Sakit/kekejangan otot abdomen
  • Loya, muntah
  • Cirit-birit

Alahan konjunktivitis

  • Mata merah
  • Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera
  • Gatal yang sangat teruk - mata rasa terbakar
  • Keluar air mata
  • Kelopak mata bengkak/sembab

Saturday, November 18, 2017

Penjagaan kesihatan kanak-kanak

Memastikan anak anda sentiasa sihat adalah tugas yang besar dan boleh menjadi mimpi yang paling ngeri untuk para ibu bapa!

Dua tahun pertama kanak-kanak adalah yang paling penting kerana pada ketika inilah pembentukan otak berlaku. Jika seseorang wanita tidak mendapat cukup khasiat semasa hamil, atau jika anaknya tidak mendapat khasiat secukupnya pada ketika ini, pertumbuhan fizikal dan mental kanak-kanak mungkin menjadi perlahan. Ini tidak boleh digantikan apabila kanak-kanak lebih tua - ia akan menjejaskan kanak- kanak seumur hidupnya.

Kanak-kanak Asia bercerai susu awal jadi ibubapa mestilah menjadikannya satu tabiat agar memberi mereka sekurang-kurangnya 2-3 gelas susu setiap hari, sehingga mereka remaja. Kalsium adalah penting untuk tulang yang sihat.


Disebabkan iklan, kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh makanan ringan yang tidak menyihatkan. Dalam jangka masa panjang, ini mungkin membawa kepada kekurangan zat atau obesiti.

Memakan makanan ringan antara waktu sajian adalah sangat dilarang. Oleh kerana sukar untuk mengawal hal ini sepenuhnya, adalah perlu untuk memberi suplemen multivitamin kepada mereka bagi mengurangkan kesan negatif.

Sama ada anak anda baru bertatih-tatih atau remaja, anda boleh mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki pemakanan dan menggalakkan tabiat makan yang bijak walaupun dari segi amalan, diet yang seimbang di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk diikuti.

Berikut adalah beberapa garis panduan yang diberi oleh Klinik Mayo untuk diet yang sihat.

Sejak lahir hingga 2 tahun:

  • Susu badan adalah satu-satunya makanan yang terbaik untuk bayi sejak lahir hingga berumur enam bulan. Ia memberi pemakanan yang baik dan melindungi daripada jangkitan. Penyusuan bayi harus diteruskan selama sekurang-kurangnya tahun pertama, jika boleh. Jika menyusukan bayi adalah mustahil atau tidak diingini, formula yang diperkaya zat besi (bukan susu lembu) tidak seharusnya diguna sepanjang 12 bulan pertama. Susu lengkap lembu boleh diguna untuk mengganti susu formula atau susu ibu selepas umur 12 bulan.
  • Bayi yang disusui ibu yang tidak mendapat pendedahan yang kerap terhadap cahaya matahari mungkin perlu menerima suplimen vitamin D.
  • Mula dengan makanan pejal pada umur empat hingga enam bulan. Kebanyakan pakar mengesyorkan bijirin beras bayi yang diperkaya dengan zat besi sebagai makanan pertama.
  • Mulakan sesuatu makanan baru pada satu masa supaya lebih mudah untuk mengenal pasti makanan yang bermasalah. Contohnya, tunggu satu minggu sebelum menambah setiap bijirin, sayuran atau makanan baru yang lain.
  • Guna makanan kaya zat besi, seperti bijian, bijirin yang diperkaya zat besi, dan daging.
  • Jangan beri madu kepada bayi sepanjang 12 bulan pertama.
  • Jangan hadkan lemak sepanjang dua tahun yang pertama.

Dua tahun dan lebih tua:

  • Beri pelbagai jenis makanan, termasuk buahbuahan, sayur-sayuran, dan bijian lengkap.
  • Guna garam (kalium) dan gula secara sederhana.
  • Galakkan diet yang rendah lemak, lemak tepu dan kolesterol.
  • Bantu anak anda mengekalkan berat yang sihat dengan memberi makanan yang betul dan galakkan mereka agar kerap bersenam.

Menurut Facts for Life UNICEF, setiap tahun, hampir 11 juta kanak-kanak mati akibat punca-punca yang boleh dicegah sebelum mereka menyambut hari lahir yang kelima. Berjuta-juta kanak-kanak lagi hidup hanya untuk menghadapi masa hadapan yang malap, tidak dapat mengembangkan potensi mereka sepenuhnya.

Banyak daripada kematian ini boleh dielakkan jika ibu bapa dan penjaga memahami apa yang perlu dilakukan apabila penyakit menyerang dan bagaimana untuk mengenali tanda-tanda bahaya yang memberi isyarat terhadap keperluan untuk bantuan perubatan.

Beberapa penyakit biasa yang boleh dicegah di kalangan kanak-kanak melalui pengimunan termasuk polio, kancing gigi, campak dan cacar air. Ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan untuk membawa anak-anak mereka mengunjungi doktor bagi mengurangkan jangkitan, sakit dan kadar kematian.

Tiada kaedah yang pasti selamat untuk mengelakkan sebarang jangkitan biasa dan selalunya, ia mengambil masa satu atau dua minggu untuk menghilangkannya. Walau bagaimanapun, menggalakkan dan mengamalkan kebersihan diri yang baik adalah seiring dengan langkah-langkah ke arah mencegah jangkitan yang biasa ini.

Sumber: https://goo.gl/VgVub8


Perkara yang menjejaskan kesihatan anak

Menjaga anak kecil bukanlah mudah.

Betul?

Dalam keadaan yang serba pantas (kononnya) membuatkan banyak perkara yang perlu Kak Ida sebagai ibu perlu memberi perhatian dalam penjagaan anak-anak. Jika tersilap langkah, ia memberi kesan yang besar terhadap anak-anak.

Sejujurnya, banyak perkara remeh yang kita tidak ambil kisah sebenarnya. Terutama anak-anak yang tidak dijaga 24 jam oleh ibubapa.

Minum minuman bersoda.

Ya, minuman yang paling diminati oleh anak-anak. Minuman bersoda atau bikarbonat memang terasa nikmat dan menyegarkan.

Tetapi, minuman ini sangat berbahaya kepada anak-anak.

Ini kerana minuman bersoda mengandungi kafein dan gula yang tinggi.

Apabila kanak-kanak mengambil dalam jumlah yang banyak, kesan yang akan mereka terima adalah susah tidur, hiperaktif dan menggangu proses pembelajaran.

Selain itu, zat lain yang ada di dalam minuman bersoda adalah natrium. Natrium ini dipercayai dapat meningkatkan tekanan darah.

Minum air sejuk.


Ini satu lagi. Air sejuk memang tidak baik untuk kanak-kanak kerana ia boleh mengakibatkan kegemukan. Air sejuk ini mencegah proses pelarutan lemak dalam tubuh sehingga menjadi punca pengumpulan lemak dalam tubuh secara berlebihan.

Selain itu, air sejuk juga boleh menyebabkan selsema dan batuk. Ia juga boleh menyebabkan rangsangan yang sangat kuat pada saluran pencernaan.

Menonton televisyen terlalu dekat.

Adakah anak kita suka menonton TV terlalu dekat? Kalau iya, sila jarakkan. Ini kerana, anak akan mudah mengalami penyakit rabun jauh.


Dalam kajian yang membabitkan 191 kanak-kanak dengan purata umur 13 tahun yang ditanya berapa lama mereka menghabiskan msa menghadap komputer, membaca buku yang bukan buku pembelajaran dan menonton televisyen.

Hasil menunjukkan punca utama panak-kanak yang mengalami rabun jauh adalah lebih banyak menonton televisyen iaitu selama 12.5 jam seminggu berbanding hanya 8.4 jam untuk kanak-kanak yang tiada masalah penglihatan.

Pakar juga berkata, aktiviti diluar rumah dapat 'menghalang' isyarat perkembangan rabun jauh.

Makan gula-gula

Memakan makanan yang terlalu manis seperti gula-gula sangat berbahaya kepada kesihatan gigi kanak-kanak.


Kerapkan berpesan dengan anak-anak supaya memberus gigi selepas menikmati gula-gula.

Membaca sambil berbaring.

Membaca didalam kereta juga tidak baik untuk anak.

Ini kerana, struktur jalan menyebabkan kereta sentiasa bergerak dalam keadaan tidak stabil, bergoyang dan bergetar.

Contohnya, apabila sedang memandu di jalan rata, tiba tayar kereta kita melanggar kelopak air, ini sedikit sebanyak akan membuatkan kereta kita bergoyang dan bergegar.

Apabila keadaan seperti ini berlaku, ia menyebabkan mata susah untuk fokus dan cepat letih. Seterusnya ia boleh menyebabkan kerosakan mata.

Membaca buku terlalu lama.

Membaca itu baik, namun membaca terlalu lama boleh mendatangkan kemudaratan kepada mata.

Ajarkan kepada anak-anak kita supaya merehatkan mata mereka daripada membaca setiap 30 minit supaya tidak letih.


Selain itu, katakan kepada anak bahawa memandang tumbuhan hijau juga adalah cara terbaik untuk penjagaan mata selepas membaca terlalu lama.

Hindari permainan bersaiz kecil yang tidak sesuai mengikut peringkat umur.

Mainan yang terlalu kecil harus dihindari daripada anak-anak.

Ini bagi mengelakkan mereka daripada tertelan mainan bersaiz kecil tersebut.

Anak-anak kecil tidak mengerti apa-apa mempunyai imaginasi yang tinggi. Mereka mungkin menyangka itu adalah vitamin ataupun gula-gula.

Membiasakan memasukkan tangan ke dalam mulut.

Ajar anak mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.

Nabi Muhammad S.A.W apabila hendak makan, Baginda selalu mencuci tangan terlebih dahulu, sebagai mana yang dijelaskan dalam hadis yang direkodkan oleh An-Nasaie daripada Aisyah r.a menyatakan yang bermaksud, “Kemudian ajarilah anak membaca bismillah ketika hendak makan, dan mengakhirinya dengan membaca alhamdulillah.”


Barangkali hikmah membaca bismillah dan alhamdulillah adalah bagi mengingatkan bahawa makanan yang kita makan adalah nikmat, rezeki dan anugerah daripada Allah SWT.

Ini secara langsung dapat menghindari diri kita daripada berlebih-lebihan dan membazir.

Seorang muslim sepatutnya sedar bahawa makan bukan tujuan utama, tetapi sebagai penambah kekuatan bagi menuju ketaatan kepada Allah dan memakmurkan bumi.

Pada umumnya, anak kecil lebih suka bermain daripada diajak tidur ataupun beristirahat.

Bahkan, berhenti seketika untuk makan juga kadangkala mereka tidak mahu sehingga seringkali kita menjadi pening memikirkan kenapa anak-anak tidak lapar walaupun sehari suntuk tidak makan.

Sekiranya perkara ini jarang terjadi, mungkin ia tidak terlalu mempengaruhi kesihatan. Namun, apabila anak selalu tidak mahu makan dan hanya ingin bermain sahaja, maka tidak hairan sekiranya mereka mudah sakit dan mengalami kekurangan vitamin serta tenaga.

Terlalu membiarkan anak yang aktif.

Sudah lumrah, sebagai ibu bapa tentu kita berasa gembira melihat anak kita aktif bergerak.

Namun sebaiknya jangan terlalu membiarkan keadaan ini, kerana tidak setiap masa apa yang dilakukan oleh anak kita adalah baik.

Apa yang perlu adalah mengawal dan mengajar anak kita supaya patuh pada peraturan. Sebagai ibu bapa, belikan permainan yang bersifat mendidik.

Ini supaya keaktifan anak kita dapat diarahkan dengan baik, dan tidak membahayakan keselamatannya.

Kurang perhatian daripada ibu bapa

Ibu bapa yang begitu sibuk dengan urusan kerja sering kali kurang memberi perhatian kepada anak-anaknya.

Semua urusan dan keperluan anak diserahkan kepada pembantu atau pengasuh. Anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa sering kali berasa tertekan dan kecewa.

Ini menyebabkan gangguan kesihatan mental dan juga fizikal anak kerana mereka tidak ada selera untuk makan atau malas makan.

Kawasan bermain yang kotor dan berdebu mempengaruhi kesihatan kanak-kanak.

Misalnya, banyak lalat dan debu yang menghinggapi makan anak-anak yang tidak bertudung. Daya imun anak yang masih lemah mengakibatkan mereka mudah terkena penyakit.

Oleh itu, jauhkan anak-anak dari kawasan bermain yang tidak sihat.


Terlalu bergantung kepada ubat-ubatan

Anak yang kurang sihat memang perlu makan ubat.

Namun, pengambilan ubat-ubatan adalah sangat perlu dikawal. Jangan segan bertanya kepada doktor tentang baik dan buruk pengambilan ubat tertentu dengan jangka waktu penggunaanya.

Misalnya, banyak lalat dan debu yang menghinggapi makan anak-anak yang tidak bertudung. Daya tahan anak yang masih lemah mengakibatkan mereka mudah terkena penyakit.

Oleh itu, jauhkan anak-anak dari kawasan bermain yang tidak sihat.

Sumber: Buku Projek Anak Luar Biasa.

Friday, November 17, 2017

Renungan ibu dan ayah

Perkongsian ini adalah dari Group Telegram, We Are The Amazing Parents.

Ibu..
Ayah..
Jangan sumpah anak-anak walaupun hatimu sungguh tercabar!!!
Tahan marahmu wahai ibu dan ayah.



Bila anak-anak mencabar kesabaran ibu dan ayah lalu mengguriskan hati,
Lalu terdetik rasa marah hingga kesudut hati,
Rasa benci dan menyampah,
Maka hilanglah redha seorang ibu disaat itu.
Hilang jugalah redha Allah pada anak itu.

Ingatlah wahai ibu... wahai ayah...

Cepat-cepatlahlah beristighfar,
Jangan dibiarkan benci dan marah itu bertakhta  walaupun sekejap...
Dirisaukan ketika itu Allah cabut nyawa kita
Ataupun nyawa anak kita.

Maka tergolonglah anak itu dalam golongan anak derhaka,

Selayaknya neraka jahannamlah buatnya.
Nauzubillah.

Sanggupkah ibu dan ayah biarkan anak yang dikandung itu begitu pengakhiran hidupnya?

Sedangkan anak-anak itu tidaklah begitu.

Sebetulnya ibu dan ayah kembali kepada permulaan kehidupan.

Selidikilah diri kita:

Sejauh mana kita didik mereka dengan ilmu agama? 

Sejauh mana kita dampingi anak2 dengan nasihat berguna?

Sehebat mana kasih sayang yang kita curahkan?

Sejauhmana keperihatinan kita pada mereka disaat diperlukan?

Ibu ayah Jangan lupa,

Anak yang terlalu dimanjakan juga akan  bersikap degil kelak kerana mereka sukar memahami hak ibubapa.

Anak yang sering dimarahi tidak akan ada jati diri, akhirnya sifat itu dilepaskan kembali.

Anak melawan cakap kemungkinan kerana diri kita yang selalu melawan dengan orang tua kita.

Anak jadi liar kerana punca rezeki yang didapati tidak berkat.

Anak tidak mesra dengan ibu ayah kerana tiada komunikasi yang sempurna.

Anak menjadi kurang ajar kerana kurang ketaatan kepada Allah swt.

Anak yang degil bukan kehendaknya kerana pengaruh gangguan jin iblis yang menguasi jiwanya. Rawatlah ia.

Carilah dimana silap kita dalam mendidik anak-anak.

Bukan semata-mata mencari salah si anak.

Anak-anak itu acuan kita dari tangan ibubapa sendiri.

Didiklah dari seawal kejadiannya.

Peluk dan usaplah anak disaat dia memberontak.

Ada sesuatu mesej yang Allah nak kita faham disebalik kesulitan itu.

Belajarlah dari kerumitan agar tidak berulang kesilapan.

Pupuklah cinta Allah dalam keluarga.

Insyaallah. kita tidak akan hilang pedoman.

Anak-anak jadi soleh dan solehah kerana mempunyai bimbingan bukan kutukan.

Thursday, November 16, 2017

Duit boleh dicari, nyawa anak tidak boleh diganti

DUIT BOLEH DICARI, NYAWA ANAK TIDAK BOLEH DIGANTI

Setiap hari kita selalu dengar anak jiran tidak sihat, anak di taska silih berganti tidak datang ke sekolah, anak kita sendiri tidak sihat.

Kadang-kala kita pula mempersoalkan, kenapa kita diberi ujian bila anak tidak sihat.

Adakah kita terus pasrah dengan ketentuan ilahi atau bangun mempertahankan hak kesihatan anak kita semula?

Ya ibu, hati mana tidak berkecai bila melihat anak sentiasa tidak sihat bukan?

Terlantar di katil hospital, memerhatikan segala peralatan perubatan digunakan pada anak, kos perubatan pula semakin meningkat, belum termasuk lagi keperluan asas anak seperti susu dan lampin. Duit di bank semakin susut kerana anak sering tidak sihat...

Ibu, ikhtiarlah anak-anak kita dengan Qaseh Gold Junior.

Qaseh Gold Junior ini membantu meningkatkan sistem imun anak. Berikan anak-anak kita peluang dan ruang untuk mengembangkan potensi diri mereka dengan bermain, bergaul dan melibatkan diri anak-anak dengan aktviti luar. Pada masa yang sama, kita berikan anak-anak kita perlindungan agar mereka
tidak mudah dijangkiti dengan penyakit.

Gabungan makanan sunnah dan makanan-makanan terpilih yang bercirikan anti bakteria dan anti oksidan dalam Qaseh Gold Junior membekalkan sistem imun badan anak-anak menjadi lebih mantap dan kuat dengan izin Allah swt.

Hanya dengan RM 79.00 sebotol, percayalah, nilai duit yang kita cari sangat berbaloi untuk dilaburkan demi kesihatan anak-anak.


Ini kerana, nyawa anak tidak boleh diganti!



Wednesday, November 15, 2017

Mengapa anak perlu amalkan Qaseh Gold Junior

Tentang Qaseh Gold Junior

Formulasi makanan sunnah unggul dengan tambahan badam dan bayam. Membantu meningkatkan tenaga, mencerdaskan minda serta menyokong tumbesaran dan sistem imun tubuh yang lebih kuat.

Gabungan unik 15 ramuan hebat seperti kurma, madu, kismis, delima, minyak zaitun, gingko, buah tiin, badam, garam bukit, habbatus sauda, bayam, air zam-zam, za'faran, gam arab dan pegaga.

Membina generasi yang cemerlang fizikal, intelektual dan spiritual bermula dengan pemakanan yang halal lagi baik.

Qaseh Junior membantu mengatasi:-
🏃Sembelit
🏃Asthma
🏃Batuk
🏃Selsema
🏃Sering demam
🏃Ekzema
🏃Resdung
🏃Cirit birit
🏃Lemah daya fikiran
🏃Sering kelesuan

TENAGA DAN MINDA

Berikan permulaan yang baik kepada anak-anak kita seawal usia 1 tahun dengan gabungan makanan sunnah Qaseh Gold Junior yang membantu menyihatkan tubuh, minda dan emosi. Berkonsepkan 'Halalan Thoyyiban' iaitu halal lagi baik, Qaseh Gold Junior diperlengkapkan dengan gandingan makanan sunnah madu, kurma dan kismis yang terkenal sebagai agen mencerdaskan minda dan membekalkan tenaga. Kandungan madu, kurma dan kismis pula kaya dengan glukosa dan fruktosa semulajadi yang dapat membekalkan tenaga segera kepada tubuh badan serta merangsang fungsi otak untuk lebih cerdas, lebih daya tumpuan serta lebih peka. Selain daripada madu dan kurma, Qaseh Gold Junior turut menawarkan gabungan makanan minda lain yang tidak kurang hebatnya seperti badam, za’faran, gingko, air zam-zam, delima dan habbatus sauda.

SERAT

Anak-anak seringg tidak mendapat serat yang mencukupi dalam menu seharian. Akibatnya, masalah sembelit sangat sinonim dengan mereka. Qaseh Gold Junior membekalkan serat tidak larut dan serta larut daripada kurma serta prebiotic semulajadi iaitu gam Arab yang membantu menyihatkan usus serta melegakan masalah sembelit. Insya Allah.

TUMBESARAN

Gabungan makanan sunnah dan makanan terpilih seperti bayam, badam dan pegaga dalam Qaseh Gold Junior mengandungi mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi. Nutrien-nutrien ini adalah sangat diperlukan untuk menyokong tumbesaran yang lebih sihat dan kuat. Insya Allah.

SISTEM IMUN 

Anak-anak perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi diri dengan bermain, bergaul dan melibatkan diri dengan aktiviti luar. Pada masa yang sama mereka perlu diberi perlindungan agar tidak mudah dijangkiti penyakit. Gabungan makanan sunnah dan makanan terpilih yang bercirikan anti bakteria dan anti oksidan dalam Qaseh Gold Junior berupaya membekalkan sistem imun badan yang lebih mantap dan kuat. Insya Allah.



Sekitar Majlis Pelancaran Wajah Baru Qaseh Gold Junior

Kak Ida kongsikan gambar sekitar majlis Pelancaran Wajah Baru Qaseh Gold Junior di HQ Ana Edar hari ini.








Anda turut meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...