Inspirasi Imunisasi

Inspirasi Imunisasi
Perlindungan Sistem Imun Kanak-Kanak SETIAP HARI!

Thursday, October 12, 2017

Penyakit Kawasaki

Kak Ida teringat peristiwa ketika menjaga Aisyah di wad kerana Pneumonia selama hampir seminggu di Hospital Sultanah Aminah, Kak Ida sempat berbual-bual dengan ibu yang menjaga anak di hospital.

Maklumlah, bosan juga. Huhuhu

Pesakit keluar masuk wad. Tetapi Kak Ida lihat anak ini masih belum didischarge oleh doktor.

Jadi, ada kesempatan masa, ringan mulut Kak Ida menyapa ibu tentang keadaan penyakit anaknya.

"Sakit apa anak akak?"

"Anak akak kena penyakit Kawasaki dik. Doktor sudah sahkan anak akak mengidap penyakit Kawasaki"

Terdiam sekejap Kak Ida. Tidak tahu hendak menunjukkan riak muka apa. Iyelah, selama bertahun-tahun Kak Ida hidup, "Kawasaki" yang Kak Ida tahu adalah jenama motorsikal terkenal dari Jepun.

"Oooo..." (sambil mengangguk, walaupun sebenarnya Kak Ida tidak tahu pun hujung pangkal penyakit itu). Tidak tahu Kak Ida bagaimana hendak meneruskan perbualan.

Beralih ke katil Aisyah semula, Kak Ida cuba google untuk mengetahui apa itu penyakit Kawasaki.

Astagfirullah...


Kawasaki ini lebih dikenali dengan sindrom kelenjar dan kulit sebagai mucocutaneous lymph node syndrome sebelum dinamakan sebagai penyakit Kawasaki sempena nama pakar kanak-kanak di Jepun, Tomikasu Kawasaki yang mengesan dan berjaya menghuraikan gejala penyakit ini pada tahun 1960.

Penyakit ini menyebabkan radang pada salur darah di seluruh badan dan bahaya pada anak jika lambat mendapatkan rawatan doktor ialah boleh mengakibatkan komplikasi pada jantung apabila organ penting ini menjadi lemah atau saluran darah ke jantung bengkak kerana kerosakan arteri koronari.

Anak kecil akan mengalami demam berpanjangan diikuti gejala sampingan seperti tumbuh ruam, tangan dan kaki bengkak serta bewarna kemerahan, sakit pada mulut dan lidah manakala kalenjar di leher dan ketiak akan turut membengkak. Gejala penyakit ini mirip dengan penyakit denggi.

Namun begitu, punca penyakit Kawasaki dan bagaimana ia berjangkit pada kanak-kanak belum diketahui.

Berkemungkinan besar ia berpunca daripada jangkitan virus dan kuman dan tidak diwarisi daripada keluarga secara genetik.

Sindrom ini menyerang kanak-kanak berusia bawah lima tahun. Jika lambat mendapat mendapatkan rawatan, bayi atau kanak-kanak boleh meninggal dunia kerana jantungnya akan membengkak.

Apa rawatan yang doktor akan buat?
Doktor yang merawat kanak-kanak dengan penyakit Kawasaki akan memeriksa terlebih dahulu gejala dan melakukan ujian darah.

Jika hasil ujian didapati sel darah putihnya bertambah dan bilangan sel platlet dalam darah juga meningkat begitu tinggi dengan kadar dua kali ganda daripada biasa.

Rawatan utama untuk penyakit Kawasaki adalah menggunakan immunoglobulin yang diberi secara intravena iaitu melalui titisan ke dalam nadi.

Immunoglobulin dapat mengurangkan radang pada jantung dan menghalang kerosakan arteri koronari jika diberi dalam tempoh 10 hari pertama menghidap penyakit ini.


No comments:

Post a Comment

Anda turut meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...