Inspirasi Imunisasi

Inspirasi Imunisasi
Perlindungan Sistem Imun Kanak-Kanak SETIAP HARI!

Friday, December 8, 2017

Kenapa anak masih sembelit?

Kenapa anak masih sembelit?

Kenapa, Haa... Kak Ida kongsikan kenapa anak masih sembelit.








Monday, December 4, 2017

Dua perkataan hebat yang kita mesti ajar pada anak

Dua perkataan hebat yang kita mesti ajar pada anak.


1. TERIMA KASIH
Ajar anak kita ucap benda ini setiap kali ada yang bagi sesuatu pada anak-anak kita. Ucap juga bila ada orang hulurkan bantuan. Anak yang pandai berterima kasih adalah anak yang hebat akhlaknya.

2. MINTA MAAF/SORRY
Ajar anak kita untuk ucap perkataan ini bila anak terbuat salah ataupun ada buat sesuatu yang tidak disukai oleh ibubapa atau adik-beradiknya. InsyaAllah anak yang suka minta maaf akan menjadi anak yang merendah diri dan pandai menghormati emosi orang di sekelilingnya.

Perkongsian ini dari #notaparentingTaufiqRazif

Had Screen-Time

Perkongsian ini dari sumber Telegram #notaparentingTaufiqRazif

Had Screen-Time untuk anak-anak kita.


1. < 18 bulan : Jangan sesekali dedahkan dengan gadget kecuali sekali sekala video-chatting dengan keluarga.

2. 18-24 bulan : 30minit/hari dengan pemantauan dan pengawasan penuh daripada ibubapa.

3. 2-5 tahun : 1jam/hari dengan pemantauan dan pengawasan penuh ibubapa.

4. Kanak-kanak di atas usia 6 tahun: Kita kena tegas bab media. Pilih channel dan rancangan yang terbaik kerana apa yang dilihat dan didengar oleh anak-anak kita tu akan mempengaruhi subconscious mind mereka

Tips: Saya sarankan tonton kartun Omar dan Hana di Youtube. Mesej dalam nyanyian kartun Omar dan Hana sangat positif untuk anak-anak kita

Tuesday, November 28, 2017

Aspirasi Qaseh Gold Junior

Aspirasi Qaseh Gold Junior.


7 Cara Mengawal Anak Tantrum

Cara Mengawal Anak Tantrum

1. BERTENANG

Jika anak mula mengamuk, ibu bapa atau orang yang berada berdekatan dengannya perlu menunjukkan sikap bertenang. Jangan mudah melenting dan marah. Kalau kita marah, lagi kuat dia menangis. Lagi teruk mengamuk dia.

Cuba buat muka relax sahaja. Tentu anak yang mengamuk akan kata dalam hati, “Eh, takkan mak aku tak marah pulak ni”. Ini namanya reverse psychology.

2. CUBA PUJUK

Usaha dahulu memujuk dengan cara yang baik. Pegang atau dukung dengan lembut dan mesra. Itu petanda anda sedia untuk bekerjasama dan mendengar segala masalah yang sedang anak hadapi.

Korek rahsia, kenapa dia marah. Anak suka bila ada orang beri perhatian. Jika dia mengamuk, itu tandanya mahukan perhatian!

3. ALIHKAN FOKUS ANAK

Andaikan kita pergi ke hypermarket untuk berbelanja, contohnya Giant atau Tesco. Anak pula sudah tunjuk tanda-tanda yang dia mahukan sesuatu. Kadang-kadang, benda yang dia minta itu mengarut.

Dan lagi, jika kita tidak dapat memenuhi hajatnya itu dan akan mencetuskan kemarahannya.

Apa perlu buat?
Cepat-cepat alihkan perhatiannya. Fokuskan pada perkara yang lain. Pujuk akan ambil masa. Bawa dia ke bahagian yang lain. Jangan pula alihkan fokus dengan berikan telefon pintar kita.

4. SISTEM GANJARAN (REWARD SYSTEM)

Jika anak mula mengamuk, berikan dia pilihan, samada dia mahu bersikap baik dan tidak dimarahi anda. Katakan kepadanya jika dia bersikap baik, anda akan menjanjikan sesuatu seperti menonton televisyen atau membaca bersama.

Kalau dia betul-betul inginkan benda yang sudah lama diidamkan, tentu sekali dia akan ikut kata kita.

5. BIARKAN SAHAJA!

Kes ini selalu terjadi bila anak nampak lollipop. Dia berkeras mahukan gula-gula. Jika pujukan tidak menjadi dan anak kita terus menghentakkan kaki atau berguling di atas lantai, biarkan dia.

Namun pastikan keadaan sekelilingnya selamat dari barang-barang yang membahayakan. Bila anak penat, dia akan berhenti. Ibu-bapa perlu pantau juga semasa anak berguling!

6. NASIHAT

Anak yang mengamuk tidak akan mengamuk sepanjang hari. Dia pasti penat juga akhirnya. Pada waktu begini, kita belailah dia dan katakan kepadanya bahawa apa yang dia lakukan sebentar tadi adalah salah dan dia akan lebih disayangi jika dia bersikap baik dan mendengar kata.

7. BERSIFAT TEGAS

Sesekali kita kena bertegas dengan anak. Jika dia mengamuk, katakan bahawa kita akan potong waktu bermainnya. Biar dia belajar bagaimana perasaan marah dan kecewa. Terangkan dengan jelas mengapa tindakan itu anda ambil.

Semoga bermanfaat.

#CaraMengatasiAnakTantrum

Bagaimana nak kuatkan tulang dan gigi anak

Bagaimana nak kuatkan tulang dan gigi anak?
  1. Berikan makanan berkalsium tinggi seperti susu, bayam, bawang putih dan kekacang.
  2.  Berikan vitamin D yang akan membantu penyerapan kalsium. Sumber vitamin D adalah cahaya matahari (jam 11-1 petang), suplemen dan ikan salmon.
  3. Galakkan anak melakukan aktiviti fizikal. Tekanan yang berlaku pada tulang akan membuatkan tulang anak-anak menjadi lebih kuat dan mampat.

Omar dan Hana

Video Kapten Junior bersama Omar dan Hana.


Monday, November 27, 2017

Herba termahal, kaya antioksidan

Safron adalah herba termahal di dunia. Safron yang berkualiti agak susah didapati di pasaran, tetapi kami membawakan kebaikan safron kepada anak-anak anda dengan Qaseh Gold Junior.









Beri anak makan delima setiap hari

Beri anak makan delima setiap hari

Delima adalah buah yang berasal dari kawasan sekitar Iran ke India Utara. Isi buahnya berbiji-biji. Sedap dan berkhasiat tapi buah delima memang mahal harganya.

Sekarang sudah ada cara LEBIH MUDAH dan EKONOMI untuk bagi anak makan delima setiap hari. Hanya dengan Qaseh Gold Junior, anak-anak kita boleh mendapat MANFAAT dari buah yang mewah ni.

Antara khasiat yang tinggi dalam buah delima ialah:
  • Antioksidan
  • Vitamin C
  • Vitamin K
  • Folate










Saturday, November 25, 2017

Perut yang sihat

Anak sihat bermula dari perut yang sihat.



Kiwi
Masalah pencernaan
Dengan kandungan serat yang tinggi, Selain membantu bagi anda yang memiliki masalah pencernaan.

Avokado
Potasium Tinggi
Ianya tinggi kadar potasium. Setiap sajian 100g, mengandungi 4% lebih banyak daripada pisang, yang mana sudah dikira buah yang tinggi kadar potasiumnya.

Lobak Merah
Mencegah penyakit jantung
Mengurangkan tahap kolesterol dalam jantung. Serat larut dalam lobak merah boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.

Brokoli
Membantu Sistem Pencernaan
Brokoli mengandungi serat yang dapat membantu sistem pencernaan dan juga membantu mencegah sembelit.

Ceri
Merawat Kulit
Kandungan antioksidan pada buah inI adalah dalam kelompok yang tertinggi. Jus ceri sangat berkhasiat untuk mengurangi terjadinya masalah pada kulit jika diambil setiap pagi.

Tembikai
Membantu Penghadaman
Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat membantu mencegah sembelit dan menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang sihat.

Pisang
Sumber Tenaga
Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang dapat menjadi sumber tenaga untuk tubuh. Memakan 2 pisang sehari dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan menambah tenaga untuk melakukan aktiviti seharian

Friday, November 24, 2017

Gula tersembunyi dalam makanan anak-anak

Ibu dan ayah dah semakin sedar tentang bahaya gula dalam makanan anak-anak. Namun ada beberapa perkara yang masih kita ambil ringan iaitu GULA TERSEMBUNYI dalam beberapa makanan yang biasanya kita beri kepada mereka.






Anda turut meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...