Inspirasi Imunisasi

Inspirasi Imunisasi
Perlindungan Sistem Imun Kanak-Kanak SETIAP HARI!

Friday, November 3, 2017

Tips menjelang peperiksaan

Hujung tahun bermakna minggu peperiksaan anak-anak telah bermula

Jom Mama Papa, Kak Ida kongsikan tips ini untuk permata hati tersayang apa persediaan yang perlu dibuat menjelangnya minggu peperiksaan.



Bangun Awal
Malam sebelum peperiksaan, pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi
dan seterusnya datang awal ke sekolah. Mama pula jangan lupa sediakan sarapan ringkas untuk anak ya. Contoh roti atau nasi goreng.

Kelengkapan
Pastikan alat tulis, slip peperiksaan atau apa sahaja barang yang diperlukan semasa ujian perlu disiapkan. Boleh juga dibawa bekas air bersama.

Semak Jadual Peperiksaan
Bagi mengelakkan tersalah tarikh atau masa. Pastikan adik-adik atau ibubapa peka tentang perihal ini.

Mengulangkaji 
Seminggu sebelum peperiksaan, pastikan anak-anak sudah membuat ulangkaji setiap mata pelajaran yang diambil. Elak membuat ulangkaji di saat-saat akhir supaya otak dan badan tidak stress.

Berdoa dan bertawakal
Setiap usaha perlu diiringi dengan doa agar kita dibantu olehNYA. Walau apa pun keputusan yang adik-adik dapat bersyukurlah dan jangan mudah putus asa ya.


No comments:

Post a Comment

Anda turut meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...