Entry kali ini Kak Ida kongsikan apa yang ibu perlu tahu tentang antioksidan untuk anak sihat dan anak hebat.
Sebagai ibu kita perlu ambil perhatian tentang istilah antioksidan dan manafaatnya kepada perkembangan pertumbesaran anak dan kesihatan anak.

1. Antioksidan melindungi penglihatan dan mata.
Kajian mendapati sumber-sumber Lutien seperti yang terdapat dalam bayam terbukti membantu menajamkan visual penglihatan.
Kelebihan anti oksidan seperti dalam bayam juga membantu mengurangkan masalah penglihatan akibat penuaan.
2. Anti oksidan mampu mencegah Dementia dan Alzheimer
.
The Journal of The American Medical Association of Neurology melaporkan dengan pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin C dan E boleh mengurangkan risiko Dementia dan Alzheimer untuk tempoh jangka masa yang panjang.
3. Anti oksidan melawan serangan jantung dan strok
Fungsi anti oksidan yang mengurangkan kerosakan tisu dan sel akibat radikal bebas, yang sangat membantu melindungi jantung daripada serangan sakit jantung dan strok.
Banyak kajian telah dibuat mendapati mereka yang mengambil diet yang berasaskan sayur-sayuran segar, herba, rempah dan buah-buahan mempunyai peluang hidup yang sihat lebih lama dengan kurangnya serangan sakit jantung.
4. Anti Oksidan mengurangkan risiko mendapat kanser
Asid Retinoik mampu melawan kanser seperti paru-paru, prostat, payudara, ovari, pundi kencing dan kulit.
Dalam kajian yang lain, Asid Retinoik yang terdapat dalam sumber antioksidan seperti Vitamin A paling selamat diperoleh dari makanan semulajadi berbanding makanan tambahan.
5. Melambat proses penuaan pada kulit
Tahukah anda bahawa radikal bebas mempercepatkan proses penuaan apabila dikatkan dengan kesihatan kulit?
Sumber antioksidan seperti Vitamin C, Beta Karotena dan lain-lain sangat membantu untuk memerangi kerosakan kulit akibat pencemaran, stress dan tidak mengikut diet makanan yang betul.
Anak sihat anak hebat bermula dengan makanan halalan toyyiban. Semestinya Qaseh Gold Junior.
Insya-Allah.





No comments:
Post a Comment