Inspirasi Imunisasi

Inspirasi Imunisasi
Perlindungan Sistem Imun Kanak-Kanak SETIAP HARI!

Saturday, November 4, 2017

Penyakit Diptheria

Sedikit perkongsian mengenai kuman dan penyakit Diptheria:

  1. Diphtheria adalah disebabkan oleh bakteria Corynebacterium Diphtheriae. Kuman ini boleh dijumpai di atas tanah, air dan kawasan yang kotor.
  2. Jangkitan Corynebacterium Diphtheriae boleh menyebabkan masalah pada pernafasan dan kulit.
  3. Tetapi ada juga pesakit yang dijangkiti, tiada simptom yang ditemui, hanya menjadi pembawa dalam badan dan boleh berjangkit pada orang lain melalui air droplets seperti batuk, bersin, air liur, kulit bermasalah dan sentuhan secara langsung dari habitat kuman.
  4. Corynebacterium Diphtheriae ada tiga lagi 'adik beradik'. Antaranya Corynebacterium Ulcerans, ia boleh menyebabkan simptom yang sama seperti Corynebacterium Diphtheriae.
  5. Pembawa kuman yang tanpa simptom adalah antara faktor penting bagi penularan jangkitan ini.
  6. Imuniti diperoleh dari vaksin atau semulajadi tidak melingdungi seseorang itu daripada menjadi seorang pembawa kuman tanpa simptom. Vaksinasi Diphtheria tidak memberi perlindungan sepanjang hayat dan masih boleh dijangkiti dan menjangkiti orang lain.
  7. Kajian keatas 1000 orang dewasa di UK yang telah divaksin ketika kecil, setelah di semak semula keberkesanan vaksin dalam badan, hanya 31% berjaya dilindungi sepenuhnya. Namun 38% dari mereka berisiko untuk mendapat penyakit itu walaupun telah divaksin, dan boleh menjangkiti orang lain.
  8. Penyakit ini didapati masih banyak berlaku di negara-negara miskin, membangun dan amat jarang di negara maju.
  9. Manifestasi penyakit boleh dilihat di sistem pernafasan (respiratory diphtheria) dan juga kulit (cutaneous diphtheria).
  10. Kadar kematian setelah dijangkiti hanya 2.8-5.5%. Rujukan lain pula 5-10%.
  11. Jangkitan Diphtheria tidak cepat berjangkit seperti selsema dan influenza. Ia memerlukan pendedahan yang berpanjangan dan kerap secara langsung.
  12.  Setiap tahun ada kes-kes terpencil Diphtheria di Malaysia, walaupun liputan immunisasi DtaP > 95%. Insiden tinggi tercatit pada tahun 2003 iaitu sebanyak 11 kes. Pada tahun 2013, 2014, 2015 ada 4, 2 ,4 kes. 
Antara risiko-risiko mendapat penyakit ini:
  • Persekitaran yang kotor dan daif.
  • Kemiskinan/ low socioeconomic status/ low education level
  • Tiada sistem air dan kumbahan yang baik.
  • Duduk dikawasan padat, sesak seperti slums dan squatters atau setinggan
  • Tidak mengambil vaksin Diphtheria
  • Terdedah kepada orang yang berpenyakit dan pembawa penyakit (vaksin/tidak vaksin atau natural immunity)
  • Sistem imun yang rendah.
Ambil langkah pencegahan pilihan masing-masing, menjaga sunnah dengan berdoa dan mohon perlindungan dijauhkan penyakit, pemakanan dan cara hidup yang sihat, menjaga kebersihan mahupun vaksin.


No comments:

Post a Comment

Anda turut meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...