Inspirasi Imunisasi

Inspirasi Imunisasi
Perlindungan Sistem Imun Kanak-Kanak SETIAP HARI!

Monday, November 6, 2017

Pesanan ringkas buat ibubapa

Pesanan ringkas buat ibubapa atau bakal yang menjadi ibubapa.


  1. Bercakaplah dengan bahasa yang baik dan sopan dengan anak-anak. Tegur dan berikan hukuman semerta jika anak-anak mengeluarkan kata-kata kesat.
  2. Jangan benarkan anak-anak kecil bermain handphone ( telefon bimbit). Paling baik, berikan buku atau permainan yang sesuai dengan umur anak-anak.
  3. Jangan dibiarkan televisyen terpasang 24 jam di rumah. Hadkan masa menonton, contohnya pada waktu petang sahaja. Malam ialah masa untuk anak-anak mengulang kaji dan bermesra dengan ahli keluarga. Jika anak-anak tidak dibenarkan menonton televisyen, ibu bapa juga hendaklah mengorbankan keinginan sendiri untuk tidak menonton tv juga.
  4. Jangan benarkan anak-anak menunggang motosikal apatah lagi memberikan motosikal kepada anak-anak. Biarlah kita yang menghantar dan mengambil mereka jika mereka mahu ke mana-mana. Susah sedikit tidak mengapa. Alah bisa tegal biasa. Beri saat anak-anak betul-betul memerlukan dan menjangkau usia remaja atau dewasa. 
  5. Tiada handphone adalah lebih baik. Benarkan anak-anak memiliki telefon bimbit apabila anak-anak sudah bijak, matang dan dapat memanfaatkan penggunaan telefon bimbit dengan baik.
  6. Solat berjamaah dengan anak-anak terutama pada waktu Subuh, Maghrib dan Isyak sama ada di rumah atau masjid.
  7. Ambil tahu perkembangan pendidikan anak-anak. Semak buku-buku latihan dan kerja rumah anak-anak.
Perkongsian dari Group We Are The Amazing Parents

No comments:

Post a Comment

Anda turut meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...