Inspirasi Imunisasi

Inspirasi Imunisasi
Perlindungan Sistem Imun Kanak-Kanak SETIAP HARI!

Saturday, November 18, 2017

Perkara yang menjejaskan kesihatan anak

Menjaga anak kecil bukanlah mudah.

Betul?

Dalam keadaan yang serba pantas (kononnya) membuatkan banyak perkara yang perlu Kak Ida sebagai ibu perlu memberi perhatian dalam penjagaan anak-anak. Jika tersilap langkah, ia memberi kesan yang besar terhadap anak-anak.

Sejujurnya, banyak perkara remeh yang kita tidak ambil kisah sebenarnya. Terutama anak-anak yang tidak dijaga 24 jam oleh ibubapa.

Minum minuman bersoda.

Ya, minuman yang paling diminati oleh anak-anak. Minuman bersoda atau bikarbonat memang terasa nikmat dan menyegarkan.

Tetapi, minuman ini sangat berbahaya kepada anak-anak.

Ini kerana minuman bersoda mengandungi kafein dan gula yang tinggi.

Apabila kanak-kanak mengambil dalam jumlah yang banyak, kesan yang akan mereka terima adalah susah tidur, hiperaktif dan menggangu proses pembelajaran.

Selain itu, zat lain yang ada di dalam minuman bersoda adalah natrium. Natrium ini dipercayai dapat meningkatkan tekanan darah.

Minum air sejuk.


Ini satu lagi. Air sejuk memang tidak baik untuk kanak-kanak kerana ia boleh mengakibatkan kegemukan. Air sejuk ini mencegah proses pelarutan lemak dalam tubuh sehingga menjadi punca pengumpulan lemak dalam tubuh secara berlebihan.

Selain itu, air sejuk juga boleh menyebabkan selsema dan batuk. Ia juga boleh menyebabkan rangsangan yang sangat kuat pada saluran pencernaan.

Menonton televisyen terlalu dekat.

Adakah anak kita suka menonton TV terlalu dekat? Kalau iya, sila jarakkan. Ini kerana, anak akan mudah mengalami penyakit rabun jauh.


Dalam kajian yang membabitkan 191 kanak-kanak dengan purata umur 13 tahun yang ditanya berapa lama mereka menghabiskan msa menghadap komputer, membaca buku yang bukan buku pembelajaran dan menonton televisyen.

Hasil menunjukkan punca utama panak-kanak yang mengalami rabun jauh adalah lebih banyak menonton televisyen iaitu selama 12.5 jam seminggu berbanding hanya 8.4 jam untuk kanak-kanak yang tiada masalah penglihatan.

Pakar juga berkata, aktiviti diluar rumah dapat 'menghalang' isyarat perkembangan rabun jauh.

Makan gula-gula

Memakan makanan yang terlalu manis seperti gula-gula sangat berbahaya kepada kesihatan gigi kanak-kanak.


Kerapkan berpesan dengan anak-anak supaya memberus gigi selepas menikmati gula-gula.

Membaca sambil berbaring.

Membaca didalam kereta juga tidak baik untuk anak.

Ini kerana, struktur jalan menyebabkan kereta sentiasa bergerak dalam keadaan tidak stabil, bergoyang dan bergetar.

Contohnya, apabila sedang memandu di jalan rata, tiba tayar kereta kita melanggar kelopak air, ini sedikit sebanyak akan membuatkan kereta kita bergoyang dan bergegar.

Apabila keadaan seperti ini berlaku, ia menyebabkan mata susah untuk fokus dan cepat letih. Seterusnya ia boleh menyebabkan kerosakan mata.

Membaca buku terlalu lama.

Membaca itu baik, namun membaca terlalu lama boleh mendatangkan kemudaratan kepada mata.

Ajarkan kepada anak-anak kita supaya merehatkan mata mereka daripada membaca setiap 30 minit supaya tidak letih.


Selain itu, katakan kepada anak bahawa memandang tumbuhan hijau juga adalah cara terbaik untuk penjagaan mata selepas membaca terlalu lama.

Hindari permainan bersaiz kecil yang tidak sesuai mengikut peringkat umur.

Mainan yang terlalu kecil harus dihindari daripada anak-anak.

Ini bagi mengelakkan mereka daripada tertelan mainan bersaiz kecil tersebut.

Anak-anak kecil tidak mengerti apa-apa mempunyai imaginasi yang tinggi. Mereka mungkin menyangka itu adalah vitamin ataupun gula-gula.

Membiasakan memasukkan tangan ke dalam mulut.

Ajar anak mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.

Nabi Muhammad S.A.W apabila hendak makan, Baginda selalu mencuci tangan terlebih dahulu, sebagai mana yang dijelaskan dalam hadis yang direkodkan oleh An-Nasaie daripada Aisyah r.a menyatakan yang bermaksud, “Kemudian ajarilah anak membaca bismillah ketika hendak makan, dan mengakhirinya dengan membaca alhamdulillah.”


Barangkali hikmah membaca bismillah dan alhamdulillah adalah bagi mengingatkan bahawa makanan yang kita makan adalah nikmat, rezeki dan anugerah daripada Allah SWT.

Ini secara langsung dapat menghindari diri kita daripada berlebih-lebihan dan membazir.

Seorang muslim sepatutnya sedar bahawa makan bukan tujuan utama, tetapi sebagai penambah kekuatan bagi menuju ketaatan kepada Allah dan memakmurkan bumi.

Pada umumnya, anak kecil lebih suka bermain daripada diajak tidur ataupun beristirahat.

Bahkan, berhenti seketika untuk makan juga kadangkala mereka tidak mahu sehingga seringkali kita menjadi pening memikirkan kenapa anak-anak tidak lapar walaupun sehari suntuk tidak makan.

Sekiranya perkara ini jarang terjadi, mungkin ia tidak terlalu mempengaruhi kesihatan. Namun, apabila anak selalu tidak mahu makan dan hanya ingin bermain sahaja, maka tidak hairan sekiranya mereka mudah sakit dan mengalami kekurangan vitamin serta tenaga.

Terlalu membiarkan anak yang aktif.

Sudah lumrah, sebagai ibu bapa tentu kita berasa gembira melihat anak kita aktif bergerak.

Namun sebaiknya jangan terlalu membiarkan keadaan ini, kerana tidak setiap masa apa yang dilakukan oleh anak kita adalah baik.

Apa yang perlu adalah mengawal dan mengajar anak kita supaya patuh pada peraturan. Sebagai ibu bapa, belikan permainan yang bersifat mendidik.

Ini supaya keaktifan anak kita dapat diarahkan dengan baik, dan tidak membahayakan keselamatannya.

Kurang perhatian daripada ibu bapa

Ibu bapa yang begitu sibuk dengan urusan kerja sering kali kurang memberi perhatian kepada anak-anaknya.

Semua urusan dan keperluan anak diserahkan kepada pembantu atau pengasuh. Anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa sering kali berasa tertekan dan kecewa.

Ini menyebabkan gangguan kesihatan mental dan juga fizikal anak kerana mereka tidak ada selera untuk makan atau malas makan.

Kawasan bermain yang kotor dan berdebu mempengaruhi kesihatan kanak-kanak.

Misalnya, banyak lalat dan debu yang menghinggapi makan anak-anak yang tidak bertudung. Daya imun anak yang masih lemah mengakibatkan mereka mudah terkena penyakit.

Oleh itu, jauhkan anak-anak dari kawasan bermain yang tidak sihat.


Terlalu bergantung kepada ubat-ubatan

Anak yang kurang sihat memang perlu makan ubat.

Namun, pengambilan ubat-ubatan adalah sangat perlu dikawal. Jangan segan bertanya kepada doktor tentang baik dan buruk pengambilan ubat tertentu dengan jangka waktu penggunaanya.

Misalnya, banyak lalat dan debu yang menghinggapi makan anak-anak yang tidak bertudung. Daya tahan anak yang masih lemah mengakibatkan mereka mudah terkena penyakit.

Oleh itu, jauhkan anak-anak dari kawasan bermain yang tidak sihat.

Sumber: Buku Projek Anak Luar Biasa.

No comments:

Post a Comment

Anda turut meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...