Inspirasi Imunisasi

Inspirasi Imunisasi
Perlindungan Sistem Imun Kanak-Kanak SETIAP HARI!

Wednesday, November 1, 2017

Bila cuti, ibu sering terlepas marah

Perkongsian di group Telegram We Are The amazing Parents berkenaan bila cuti, ibu akan sering terlepas marah.

Mengadap anak 24 jam, boleh bayangkan ibu fulltime home engineer?

Sentiasa ingatkan diri kita...

... dan diri Kak Ida sendiri,


Anak-anak adalah tetap anak. Mereka jauh beza usia dengan kita. Maksudnya disini adalah, mana sama anak yang berusia 3 tahun dengan kita yang berusia 30 tahun pengalaman hidup.

Mereka perlu perhatian, didikan, asuhan dengan sebaik-baiknya.

Anak ialah tanggungjawab kita untuk mengasuh, mendidik, membimbing apa yang betul, apa yang salah dan bagaimana berhadapan dengan konflik.

Maksud konflik disini adalah konflik dengan ibubapa sendiri dirumah, konflik minat yang berbeza (interest) antara dia dan adik-beradik sendiri. Sebagai contoh berebut siaran TV, berebut mainan dan sebagainya.

Bagaimana kita menghadapi atau mengatasi konflik, begitulah anak akan belajar.

Kalau rasa nak marah, PAUSE diri kita dengan bernafas sekali sehingga tiga kali.

Bergerak untuk meredakan energy marah.

Cakap dengan anak-anak bila kita (ibubapa) sudah tenang. Sebab bila kita sedang dalam keadaan marah, pasti ayat yang keluar dari mulut kita adalah ayat-ayat yang tidak baik. Keluarkan dulu emosi negatif dan baru masukkan emosi yang positif.

Ketika cuti, penuhkan tangki emosi asas anak-anak.

  • Peluk mereka sehingga rapat ke dada.
  • Ucapkan sayang dan hasrat ibubapa pada naak.
  • Main sebentar dengan anak, temani mereka dengan aktiviti yang mereka pilih. Bukan kita yang pilih.
  • Hadiahkan mereka dengan masakan dan minuman kegemaran mereka.
  • Layan anak-anak dengan baik.
  • Pandang mata mereka dengan penuh kasih sayang seperti mana mereka baru lahir kedunia.

No comments:

Post a Comment

Anda turut meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...