Inspirasi Imunisasi

Inspirasi Imunisasi
Perlindungan Sistem Imun Kanak-Kanak SETIAP HARI!

Thursday, November 2, 2017

Kelebihan madu pada anak-anak

Madu bukan hanya memberi kelebihan untuk orang dewasa sahaja, tapi madu juga dapat memberi manfaat untuk kanak-kanak sewaktu proses tumbesaran mereka.


Madu boleh meningkatkan kesihatan dan pertumbuhan kanak-kanak kerana madu mengandungi banyak nutrisi dan vitamin yang yang sangat diperlukan kanak-kanak seperti vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, D dan banyak lagi.

Kak Ida senaraikan beberapa kelebihan madu untuk kanak-kanak:

Dapat meningkatkan perkembangan otak kanak-kanak
Bagi meningkatkan perkembangan otak kanak-kanak, ibu bapa disarankan untuk rajin mengkonsumsi madu setiap hari agar perkembangan otaknya lebih optimum.

Dapat menyembuhkan batuk dan selsema
Kanak-kanak sangat mudah diserang penyakit seperti batuk dan selsema. Pengambilan madu dipercayai dapat membantu untuk menyembuhkan dan mencegah dua penyakit tersebut.

Dapat melancarkan sistem pencernaan anak
Masalah pencernaan sering berlaku kerana kanak-kanak sering tidak mempedulikan tentang kebersihan makanan dan mereka juga tidak peka terhadap kebersihan tangan mereka sebelum memakan sesuatu. Madu dipercayai dapat membantu sistem pencernaan kanak-kanak dan mengelak masalah pencernaan berlaku.


No comments:

Post a Comment

Anda turut meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...