Inspirasi Imunisasi

Inspirasi Imunisasi
Perlindungan Sistem Imun Kanak-Kanak SETIAP HARI!

Wednesday, November 8, 2017

Bila mahu marah, gunakan Formula 2C

Ketika anak melakukan kesalahan. (Gunakan formula 2C)

ContactConnect.

Kita sedaya-upaya mendidik anak, agar kesalahan tidak berulang lagi.


Sekali, dua kali dan tiga kali tetap kita tegur.

Kadang-kala ibu kelelahan dalam mendidik. Anak tetap mengulang kesalahan atau perkara yang sama.

Apa yang berlaku seterusnya?

Mungkin ibu marah, kecewa dan mula mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Kita ibu, kita manusia biasa...

Bagaimana kita mahu alirkan perasaan marah sebaik mungkin.

Rasulullah bersabda; "Awaslah kamu dari marah-marah, kerana marah itu bererti menyalakan api dalam kalbu anak Adam, tidaklah kamu melihat seseorang yang marah itu merah matanya dan tegang urat-urat lehernya. Kerana itu bila seseorang merasakan demikian hendaklah berbaring dan meletakkan badannya ditanah"

Petikan dari Tanbihul Ghafilin (bab menahan marah).

Ibu "suri teladan untuk anak".

Bagaimana ibu melontarkan kemarahan begitulah acuan akan mengikut, kerana anak PENIRU TERBAIK.

Waktu marah, mampukah kita ingat Allah dan Rasulullah ?

Apa kata Allah tentang marah dalam surah Ali Imran.

Apa kata Rasulullah tentang marah.

Ada hadiah yang sangat istimewa Allah sediakan untuk kita yang menahan marah.

Ibu-ibu, semoga kata-kata Allah yang tersimpan dalam Al-Quran ada di minda kita walau bukan satu mukasurat tetapi hanya sepotong ayat untuk menjadi motivasi diri kita menahan marah.

Apa kata Allah?

Apa kata Rasulullah ?

Sentiasa tersimpan diminda, andai nak marah ayat-ayat cinta dari Al-Quran dan hadis datang memujuk.

Kesalahan yang dilakukan anak sebenarnya adalah peluang untuk ibu belajar. Belajar untuk bersabar.

Belajar, mengenali anak.

Belajar erti menahan.

Belajar mengawal emosi.

Belajar mengawal kata-kata .

Belajar bahawa Allah sedang mengajar kita.

Perkongsian dari Group Telegram: We Are The Amazing Parents

No comments:

Post a Comment

Anda turut meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...