Pada usia begini, banyak sebenarnya aktiviti yang boleh dibuat sebagai "bonding".
Namun begitu, pada usia sebegini menulis bukan aktiviti yang mudah bagi mereka. Kanak-kanak pada usia ini hanya sekadar menggerak-gerakkan jari.
Eh, apa aktiviti yang sesuai ya?
Daripada umur 0-3 tahun, beri peluang pada anak untuk melakukan aktiviti memegang, meramas, meronyok, mengoyak pebagai bahan seperti kertas, plastik, squeeze toys dan lain-lain lagi. Aktiviti ini bagi merangsang perkembangan motor halus kanak-kanak.
Aktiviti-aktiviti sebeginilah yang memudahkan anak-anak memegang pensil atau krayon dengan betul.
Aktiviti yang dicadangkan untuk kanak-kanak pada usia 2-3 tahun adalah
Aktiviti memegang (grasping atau holding) - alat mainan masak-masak (sudip, senduk, sudu, garfu), guli, pom-pom kecil, bola ping-pong, bola tenis, bola getah (pelbagai saiz, paling besar saiz bola tenis. Beri peluang kanak-kanak kutip guli dan / atau pom-pom dan masukkan ke dalam botol atau bekas telur. Perbanyakkan aktiviti memegang yang memberi peluang kanak-kanak memggunakan 3 jari (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah).
Aktiviti meramas (squeezing) - ramas dan uli play doh, ramas pasir, ramas perca kain, ramas mainan picit (squeeze toys).
Aktiviti meronyok (scrunching) - pelbagai jenis kertas (elakkan kertas suratkhabar ya).

Aktiviti mengoyak - beri kanak-kanak jaluran kertas (paper stripes) selebar 2 cm. Galakkan mereka mengoyak kertas tadi menjadi cebisan kecil.
Pastikan kanak-kanak melakukan semua aktiviti di bawah pengawasan orang dewasa ya.
Aktiviti-aktiviti di atas bukan saja merangsang kemahiran jari-jemari kanak-kanak tetapi juga koordinasi mata dan tangan mereka . This skill is every important in reading and writing.
Semoga bermanfaat.


No comments:
Post a Comment