Perkara ini selalu merunsingkan ibubapa terutama ibubapa yang bekerja. Kekerapan mengambil cuti kecemasan yang menyebabkan ada ibubapa mengalami stress kerana tekanan kerja dan anak yang tidak sihat.
Demam adalah salah satu cara badan kita melawan jangkitan. Makrofaj iaitu sel "pembersih" dalam badan kita sentiasa dalam keadaan berkawal. Apabila makrofaj ini menemui sesuatu yang asing seperti virus, bakteria atau fungus, mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Dalam masa yang sama mereka meminta bantuan dengan memberi isyarat pada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba yang terhasil akan membunuh secara langsung beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman.
Bayi juga akan demam selepas menerima imunisasi diikuti dengan selsema, flu, sakit tekak, jangkitan telinga, penyakit respiratori (seperti pneumonia), krup, penyakit virus dan jangkitan saluran urinari.
Apa langkah-langkah mengurangkan suhu panas kerana demam?
- Jika anak demam dan berusia lebih daripada lapan minggu, ibubapa boleh berikan panadol khas untuk bayi dan kanak-kanak untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (nurofen) juga boleh diberikan. Paracetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi dibawah usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak dibawah usia 16 tahun yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian. Dapatkan nasihat doktor paediatrik anak anda.
- Pakaikan bayi baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi untuk mengurangkan demam).
- Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu letakkan kipas berhampiran kot atau katil dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis.
- Berikan banyak cecair seperti susu, sup, kerapkan penyusuan susuibu, atau jus buah-buahan.
- Cuba mandian berspan. Jangan keringkan badan bayi dengan tuala. Biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin dapat mengurangkan suhu panas anak.

No comments:
Post a Comment