Inspirasi Imunisasi

Inspirasi Imunisasi
Perlindungan Sistem Imun Kanak-Kanak SETIAP HARI!

Saturday, October 28, 2017

Kismis

Kismis mengandungi Polyphenolic phytonutrients iaitu elemen anti radang dan anti bakteria.


Kedua-dua elemen ini penting mengurangkan demam dengan memusnahkan bakteria tertentu yang menyebabkan jangkitan.

Kismis adalah snek yang mudah serta cepat dan kismis teman baik harian anak-anak yang sedap dan sihat serta jauh lebih baik daripada gula-gula!

Anak yang demam - tidak bertenaga dan tiada lalu dan tidak ada selera makan. Kismis adalah pilihan terbaik. Bukan sahaja ia mudah dicerna oleh usus anak, bahkan membekalkan tenaga untuk anak.

Penghasilan Kismis

Kebanyakan kismis dihasilkan dari buah anggur tanpa biji jenis Thompson.

Ini caranya untuk menghasilkan kismis. Buah-buah anggur diletakkan di atas tikar anyaman yang dibentang di antara dua barisan pokok anggur kemudian dibiarkan kering di bawah cahaya terik matahari setelah dipetik.

Tahukah anda, kismis yang terdapat dalam pasaran ada tiga jenis iaitu:

1. Sun-dried
Buah anggur yang dikeringkan secara tradisional iaitu di bawah cahaya matahari .

2. Artificially dried
Buah anggur dikeringkan yang tidak menggunakan cahaya matahari.

3. Sulfur dioxide-treated raisins
Buah anggur yang melalui proses rawatan sulfur-dioxide untuk menghasilkan kismis.

No comments:

Post a Comment

Anda turut meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...