Inspirasi Imunisasi

Inspirasi Imunisasi
Perlindungan Sistem Imun Kanak-Kanak SETIAP HARI!

Saturday, October 21, 2017

Sistem imun anak

Adakah sistem imun anak kita lemah?



Senaman membantu pengaliran darah yang lancar ke seluruh tubuh untuk menyingkirkan toksin. Tanpa senaman yang kerap dan konsisten, toksin berkumpul dalam badan anak-anak.


Asap rokok sangat berbahaya kepada anak-anak walaupun tidak dihembus secara terus kepada mereka. Ini kerana asap rokok mengandungi lebih 4000 bahan kimia. Asap boleh melekat di baju dan berterbangan di udara.


Sesetengah ubatan menambah toksin dalam badan anak-anak kita. Terlebih dos tidak elok, ya? Beri anak makan ubat seperti yang telah disarankan oleh doktor.


Tanpa tidur yang cukup, tubuh anak kita tak ada peluang untuk membina sistem imun yang kuat pada waktu malam.

Tambahan pula, tidur yang sedikit mempengaruhi tenaga anak-anak.


Obesiti akan membantutkan penghasilan sel darah putih yang diperlukan untuk memerangi benda asing seperti bakteria dan virus yang masuk ke dalam badan anak-anak.


Anak-anak juga boleh stress. Keadaan ini akan mengubah rembesan hormon anak yang memberi kesan kepada kesihatan fizikalnya.


Bahan-bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perisa tiruan dalam makanan segera dan jajan akan memberi kesan kepada kesihatan anak-anak.


Pendedahan kepada matahari yang mengandungi sinar UV, radiasi dan bahan kimia di udara dalam tempoh yang terlalu lama boleh melemahkan sistem imun anak.


Kebersihan anak-anak dan persekitarannya perlu dijaga untuk memastikan dia sentiasa sihat, bebas alahan dan tidak terjangkit penyakit dari orang sekeliling.

No comments:

Post a Comment

Anda turut meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...