Inspirasi Imunisasi

Inspirasi Imunisasi
Perlindungan Sistem Imun Kanak-Kanak SETIAP HARI!

Sunday, October 29, 2017

Punca anak sembelit

Kak Ida kongsikan melalui perkongsian Qaseh Gold HQ


Punca anak sembelit.


Sengaja tahan membuang air besar
Bila anak-anak terlalu teruja bermain dengan kawan atau tidak biasa dengan tempat atau persekitaran baru, mereka ada kecenderungan untuk tahan berak kerana tidak selesa.


Alahan susu
Alahan kepada susu lembu pun boleh menjadi punca sembelit. Najis menjadi keras dan paling teruk sekali jadi kembung dan boleh berdarah.


Masalah ketika anak sedang "potty train"
Mungkin anak tertekan apabila selalu dimarah ketika latihan ke tandas atau potty train, membuatkan mereka tahan berak dan akhirnya menjadi sembelit.


Pergerakan fizikal membantu perjalanan najis melalui usus, jadi biarkan anak kita bermain dan bersenam.


Ada sesetengah ubat-ubatan yang boleh membuatkan mereka jadi sembelit, pastikan anak mengambil banyakkan air kosong jika makan ubat dan ubat-ubatan yang diambil mengikut dos yang telah ditetapkan oleh doktor.


Kalau makan serat tapi tidak cukup air pun tak menjadi! Anak akan menjadi lebih sembelit. Apa kata berikan anak lapan gelas air sehari. Sebaik-baiknya air kosong, elakkan yang manis-manis ya.



No comments:

Post a Comment

Anda turut meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...