Inspirasi Imunisasi

Inspirasi Imunisasi
Perlindungan Sistem Imun Kanak-Kanak SETIAP HARI!

Sunday, October 29, 2017

Tips meransang sistem imun anak

Perkongsian dari Facebook Qaseh Junior HQ,

Tips meransang sistem imun anak.


Sebenarnya, sistem imun kanak-kanak berfungsi sama dengan orang dewasa. Bezanya, sistem imun kanak-kanak mengambil masa untuk mengenal pasti virus atau bakteria apa yang menyerang tubuh badan kanak-kanak.

Selain mengambil makanan berkhasiat, sistem imun kanak-kanak boleh dibangunkan secara semulajadi. PERCUMA!

Percuma? Bagaimana caranya?

Jom kita lihat bagaimana untuk tingkatkan sistem imunisasi anak-anak. Anak Sihat Anak Hebat!

KEBERSIHAN TANGAN


Mencuci tangan dengan kerap membantu untuk mengurangkan jumlah pepijat, kotoran dan bakteria selepas bermain atau bilik darjah di sekolah.

Anak mudah terdedah kepada kuman dan bakteria kerana mereka masih belum faham dengan konsep kebersihan. Jadi peranan kita sebagai ibu bapa untuk memastikan anak pandai dan belajar ambil berat tentang kebersihan

UDARA SEGAR


Alam semulajadi adalah ubat yang terbaik malah PERCUMA.

Aktiviti di luar rumah sangat baik dan terbaik untuk merangsang sistem imun.

Biasakanlah membawa anak-anak beriadah dan bermesra dengan alam.

KURANGKAN GULA


Kajian menunjukkan gula menyekat fungsi imun. Tiada nutrisi dalam gula!

Apabila gula berada dalam badan, ia memerlukan nutrisi untuk metabolismekannya yang memerlukan mineral-mineral dalam badan anak-anak.

Anak-anak sedang membesar adalah waktu terbaik membiasakan mereka dengan makanan dan minuman kurang gula.

Pilihlah pemakanan yang sesuai untuk anak, elakkan makanan yang kaya gula terproses , lebihkan pemakanan dari gula semulajadi.

Makanan kaya gula terproses seperti segala jenis kek, segala jenis roti dengan krim, gula-gula , air dalam kotak, air tin, air bergas dan yang seumpamanya.

MESRA ALAM


Persekitaran yang sihat di rumah sangat penting bagi anak-anak.

Merokok bukan sahaja berbahaya kepada perokok, ia juga menyebabkan kerosakan kepada orang-orang tersayang disekeliling.

Asap rokok membunuh dan mengganggu sel-sel penting anak-anak dan menyebabkan sistem imun semulajadi mereka tidak maju.

Ahli keluarga yang merokok sebaiknya perlu lah lebih prihatin. Elakkan merokok dalam kawasan rumah. Jika mahu anak sihat, ayah lah yang harus tunjukkan dulu teladannya.

Semoga bermanafaat.

No comments:

Post a Comment

Anda turut meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...