Inspirasi Imunisasi

Inspirasi Imunisasi
Perlindungan Sistem Imun Kanak-Kanak SETIAP HARI!

Friday, October 27, 2017

Tips urus anak kerap sakit untuk ibu berkerjaya

Di bawah ini adalah tips yang dikongsikan untuk kita amalkan bagi mengurus anak kerap sakit untuk ibu berkerjaya

  1. Kenali tahap kesihatan anak-anak, naluri ibu lumrahnya pasti sangat-sangat faham apa yang anak-anak tidak boleh makan, mudah sensitif dengan cuaca atau mungkin juga alahan. Cuba fahami dan senaraikan perkara yang perlu dielakkan. Ibu bekerja perlu lebih peka kerana masa yang ada lebih terhad berbanding ibu surirumah sepenuh masa. Jika mahu lebih cepat bawa anak ke pakar kanak-kanak untuk dapatkan nasihat dari doktor dan pemeriksaan yang menyeluruh. Cegah lebih baik.
  2. Jaga persekitaran dan kebersihan, terutama sekali ruang yang anak kerap habiskan masa lapang, bilik tidur sebagai contohnya, bilik mainan, ruang makan dan sebagainya.
  3. Minta bantuan orang yang dipercayai dan mengenali anak anda untuk membantu mengawasi kesihatan anak ketika kita terpaksa bekerja. Ceritakan pada anak, tanggungjawab anda bekerja dan dalam masa yang sama mereka tetap penting melebihi kerjaya. Latih anak menjaga kesihatan bermula ketika mereka sihat.
  4. Memberikan perhatian berkualiti. Walaupun ibu bekerjaya mempunyai purata masa yang tinggal hanya lima jam sehari, tidak termasuk waktu tidur, pastikan anda berikan bekalan air kosong dan ubat-ubatan yang lengkap pada pengasuh atau guru. Latih anak makan ubat dengan betul dan kerap minum air kosong.
  5. Sediakan menu sihat untuk anak, jika mampu masak dan berikan bekalan. Jika tidak ambil tahu menu makanan yang anak anda ambil di sekolah atau dengan pengasuh sepanjang minggu. Bekalkan Qaseh Gold Junior untuk mereka ambil selang 4 jam semasa mereka tidak sihat. 
  6. Beri anak minum air masak dengan kerap, bancuh SOLE 5ml dengan 1.5 liter air kosong atau jus mampu memberi garam mineral dan kawalan suhu badan anak yang tidak sihat. Ia juga mengelak anak dari dehidrasi. Insya-Allah, sangat berkesan.
  7. Semak suhu badan anak dan sentiasa kawal. Latih anak periksa suhu dan ceritakan kaitan minum air, ubatan dan supplemen untuk bantu mendapatkan suhu normal.
  8. Gembirakan anak-anak dengan perkara yang mereka sukai kerana semasa sakit minda dan hati yang ceria dapat membantu meningkatkan imunisasi anak secara semulajadi. 
Insya-Allah, ibu akan kurang rasa stress di pejabat.

No comments:

Post a Comment

Anda turut meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...