Antara asas yang Kak Ida buat jika anak-anak demam adalah dengan menyentuh atau mencium dahinya. (kajian menunjukkan method ini tepat sebanyak 75 peratus).
Selain itu, Kak Ida juga boleh mengesan anak demam jika anak sedang menyusu badan. Suhu badan anak yang demam menyebabkan mulut anak terasa panas ketika sedang menyusu.
Termometer oral (mulut) yang sering digunakan di hospital tidak digalakkan digunakan oleh ibubapa sehingga anak berusia tiga tahun. Jika masih bayi, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika anak demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil).
Tetapi bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.
Namun begitu, gunakan termometer untuk bacaan yang lebih tepat. Kak Ida sangat sarankan menggunakan termometer telinga kerana keputusan yang dibaca oleh termometer adalah cepat dan tepat. Namun begitu, harganya agak mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan yang tepat.
Selain itu, ibu juga boleh menggunakan jalur demam yang diletakkan pada dahi anak dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan bagi anak yang sering meronta-ronta.




No comments:
Post a Comment