- Adenoids (tonsil pharyngeal) yang terletak di belakang hidung
- Palatine tonsil. Tonsil yang selalu dikaitkan dengan masalah sakit tonsil.
- Lingual Tonsil. Terletak dibahagian belakan lidah
- Tubal tonsil. Terletak pada keliling saluran (auditory) yang menyambungkan hidung dengan telinga tengah.
Jadi, pada anak-anak yang kerap mengalami masalah tonsil secara berulang-ulang (sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan). Antara simpton tonsil ialah:-
- Sakit tekak yang teruk yang boleh mneyebabkan sakit apabila mahu menelan makanan.
- Demam dengan suhu yang melebihi 38 darjah celcius.
- Perubahan suara. Suara akan berubah menjadi garau ataupun seperti suara yang sedang makan makanan panas (hot potato voice).
- Lenguh atau sakit badan.
- Sakit kepala.
- Berdengkur kerana tonsil yang bengkak.
Jika kanak-kanak kerap mengalami tonsil yang bengkak, anak terpaksa dicutikan dari persekolahan dan ini akan menyebabkan sesi pembelajaran mereka akan terganggu.
Rawatan tonsillitis (jangkitan kuman pada tonsil) boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:-
Rawatan perubatan
- Antibiotik yang perlu diambil sekurang-kurangnya seminggu.
- Ubat demam/tahan sakit.
- Ubat sakit tekak.
- Ubat kumur.
Pembedahan
- Pembedahan tonsil dikenali sebagai Tonsillectomy.
- Tonsillectomy ialah pembedahan untuk membuang tonsil dan dilakukan dengan bius penuh.
- Tonsillectomy ialah jalan terakhir untuk merawat penyakit tonsil yang berulang-ulang.
- Tonsil yang besar dan radang akan mengakibatkan pesakit berdengkur dan mengalami apnea (berhenti bernafas) semasa tidur.
- Tonsil yang teruk boleh mengakibatkan sekeliling kawasan bernanah (Peritonsillitis atau Quincy).
- Jika tonsil semakin membesar, pesakit akan dirujuk ke doktor pakar ENT untuk pemeriksaan barah.


No comments:
Post a Comment