Allahuakbar, penyakit ini paling ditakuti oleh Kak Ida kerana penyakit ini adalah apabila anak kita kerap diserang batuk, demam dan selsema.
Secara umumnya, Pneumonia merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Jika keadaan ini berterusan, ini yang mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam darah dan sel tubuh. Ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan oksigen yang menyebabkan anak sukar bernafas.
Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.
Simpton Pneumonia
- Demam panas
- Batuk dengan atau tanpa kahak
- Sakit dada
- Tiada selera makan dan tidak mahu makan
- Rasa tidak sihat dan sering merengek
- Pernafasan laju atau susah bernafas
- Muntah atau cirit-birit.
Jangkitan Pneumonia boleh membahayakan nyawa. Jika kanak-kanak mengalami tanda-tanda berikut, kanak-kank perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut dari doktor.
- Pernafasan laju
- Sukar untuk bernafas
- Bibir menjadi biru
- Batuk berdarah
- Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing
Rawatan untuk penyakit Pneumonia, doktor akan memberikan antibiotik kerana penyakit ini disebabkan oleh bakteria. Walaubagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru sudah berlarutan atau menjadi kritikal, anak yang dimasukkan ke hospital akan mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Dalam masa yang sama, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan seperti kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susuibu.
Selain itu, ibubapa juga boleh mendapatkan pencegahan awal dengan mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak.
Vaksin tersebut ialah:-
- Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles)
- Vaksin influenza
- Vaksin pneumococcal (imunisasi pencegahan jangkitan kuman di paru-paru).
Tips mudah bagi ibubapa yang mempunyai anak kecil.
- Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan jika anak demam.
- Dapatkan puting botol jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak. Ini bagi mengelakkan anak tersedak susu.
- Pastikan persekitaran adalah bersih.
- Dapatkan rawatan doktor jika anak mengalami demam, selsema dan batuk melebihi tiga hari.
- Teruskan penyusuan susuibu.



No comments:
Post a Comment